HUBLOT HARGAI BOLT ATAS PRESTASINYA DENGAN BIG BANG UNICO
“Kami sentiasa kagum dengan nilai-nilai fizikal dan moral yang membolehkan Usain Bolt menjadi lelaki terpantas sepanjang masa! Selain peranannya sebagai duta Hublot, beliau ialah inspirasi harian bagi kami, seorang model peranan. Kami sentiasa bersyukur dengan inspirasi yang beliau berikan. Buat yang terbaik di London, buat yang terbaik untuk masa depan, Usain, dan semoga anda terus … bersinar!” – Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot.
Selepas kerjaya yang bukan sahaja menjadikannya seorang atlet legenda tetapi juga salah seorang ahli sukan paling hebat sepanjang zaman, Usain Bolt akan menggantung kasut pepakunya dengan rekod prestasi yang unik. 11 gelaran Kejohanan Dunia – kemungkinan 12 selepas penyertaan terakhirnya di Kejohanan Dunia yang akan diadakan dalam hari-hari akan datang – dan 8 pingat Olimpik! Usain Bolt merupakan satu-satunya atlet yang mempertahankan pingat emasnya dalam tiga Olimpik berturut-turut, termasuklah memecahkan tiga rekod dalam satu sukan Olimpik! Beliau memegang rekod dunia bagi 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter.
Sejak 2010, Hublot telah menyertai Usain Bolt dalam usaha yang sama. Usaha untuk mengukur masa, melangkaui diri sendiri, dan bertekad untuk berdiri teguh menentang masa. Pertama, Unik, Berbeza: slogan yang mentakrifkan jenama Hublot yang sepadan dengan duta Lightning Bolt: pertama dalam perlumbaan, pertama memecahkan rekod, unik disebabkan oleh rekod prestasinya, berbeza kerana gayanya, berbeza kerana saiznya dalam kalangan pelari pecut. Perkongsian ini membawa kepada pelancaran pembuatan jam yang sama seperti juara hebat itu, jam tangan Hublot Big Bang UNICO Usain Bolt. Jam ini didatangkan dalam dua versi, kuning keemasan atau seramik All Black. Direka dengan kerjasama Bolt, model dalam warna hijau dan emas ini menunjukkan sokongan kepada warna kegemaran juara ini. Tali jam menampilkan bendera Jamaica yang tertimbul. Big Bang (Letupan Besar) yang sangat istimewa untuk lelaki terpantas sejak Letupan Besar!
Raja pecut dunia akan memasuki Panteon sukan buat kali terakhir selepas perlumbaan individu terakhirnya, acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Dunia yang akan diadakan pada 5 Ogos di London dan selepas 4x100m pada 12 Ogos. Semasa acara ini, Hublot bekerjasama dengan Yayasan Usain Bolt dan After School All Stars, dua badan amal yang mengumpul dana bagi program pendidikan selepas sekolah untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik hasil usaha platform digital Omaze. Salah seorang penderma akan diberi ganjaran melalui pertandingan yang menawarkan perjalanan ke London, pertemuan dengan Usain Bolt dan sambutan VIP, serta jam dinding Hublot.
Hublot menyokong Usain Bolt sepenuhnya dalam usaha beliau untuk memenangi gelaran Kejohanan Dunia yang terakhir. Lightning Bolt pasti akan menguji kecekapan kronometer!
Sumber: Hublot
Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.
NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
Penyuka gaya vibrant dan muda pasti mengimpikan koleksi ini melengkapi gerobok fesyen musim baharu. Ucapkan hello to Tiffany & Co. dan Nike.