Skip to content

TOTAL GROOMING CHECK: SET PENJAGAAN RAMBUT & BADAN PILIHAN EDITORIAL

Kongsikan artikel ini

Di bawah segmen Total Grooming Check, editorial GLAM Lelaki memilih tiga rangkaian penjagaan rambut dan badan daripada OUAI, Shiseido Professional dan Grown Alchemist.  Ketiga- tiga jenama global yang terkenal dengan formulasi berprestasi tinggi, sensorial dan berfokus kepada kesejahteraan menyeluruh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#1 OUAI

Set penjagaan rambut OUAI merangkumi Leave-In Conditioner, Hair Oil dan Hair & Body Mist, diformulasikan dengan haruman ikonik St. Barts. Diperkaya dengan haruman tropika gabungan buah naga, bunga oren dan musk yang memberi rasa tropika, segar dan santai. Produk ini sesuai untuk lelaki yang aktif dan sering bergerak, terutama ketika bercuti atau berada di iklim lembap. Ia membantu mengekalkan kelembapan rambut, mengawal frizz serta meninggalkan aroma sofistikated yang tidak keterlaluan. Effortless tetapi memberikan impak yang besar kepasa si pemakai.

#2 SHISEIDO PROFESSIONAL SUBLIMIC TIMETIC

Rangkaian SUBLIMIC TIMETIC daripada Shiseido Professional membawa pengalaman penjagaan rambut dan kulit kepala ke tahap premium sebenar. Diformulasikan dengan TIMETIC COMPLEX eksklusif, rangkaian ini menghasilkan buih mewah yang membersih secara lembut sambil mengekalkan kelembapan kulit kepala. Direka khas untuk pengguna Asia, ia membantu memperbaiki kualiti rambut dari akar ke hujung. Menjadikan rambut anda lebih sihat, kuat dan bersinar. Sheisedo Professional SUBLIMIC Timetic merupakan satu rutin lengkap untuk grooming yang sensorial dan sofistikated kaum lelaki.

SUBLIMIC TIMETIC dari SHISEIDO

#3 GROWN ALCHEMIST ENERGIZE BODY CLEANSER

Energize Body Cleanser daripada Grown Alchemist hadir dalam tekstur gel ringan yang diperkaya dengan campuran botanikal semula jadi. Dirumus dengan nota aromatik Bergamot, Chamomile dan Rose. Pembersih badan ini membersih dengan lembut sambil menyegarkan deria. Ia membuatkan kulit anda terasa bersih dan lembut. Rangkaian penjagaan badan daripada Grown Alchemist ini sangat sesuai untuk lelaki yang mencari keseimbangan antara penjagaan diri dan gaya hidup aktif.

GROWN ALCHEMIST ENERGIZE BODY CLEANSER 300ml

Tiga rangkaian ini mencerminkan falsafah grooming moden lelaki: berfungsi, berkualiti dan memberikan kesan segera. Daripada penjagaan rambut hingga badan, setiap produk dipilih untuk melengkapkan rutin harian lelaki untuk keselesaan, keyakinan dan gaya hidup premium.

Artikel Berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TOTAL GROOMING CHECK: STYLIST PILIHAN EDITORIAL KEITH ONG @KEITHSTYLING

Bacaan Lanjut

PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025

Bacaan Lanjut
salman farish

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut
influencer malaysia

6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS

Bacaan Lanjut