WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF
Jenama fesyen CHANEL memperkenalkan koleksi wangian terbaru mereka, Allure Homme Sport Superleggera khas buat para jejaka.
Terinspirasi oleh minat mendalam Chanel terhadap wangian memukau sepanjang zaman, jenama fesyen terkenal di dunia ini menampilkan haruman ikonik edisi terhad “Allure Homme Sport Superleggera”. Dengan menyuntik semangat baru ke dalam rangkaian Allure Homme Sport, wangian ini menampilkan elemen Allure In Motion yang menunjukkan pusaran hidup dan sensual yang menangkap inspirasi lelaki dinamik menghadapi setiap cabaran dengan penuh dedikasi dan keberanian.
Mempunyai karakteristik pesona dalam gerakan, aroma wangian ini berpadukan kesentuhan langit dan bumi, angin segar dengan aksen kayu ambar merayakan kontras, menangkap pertembungan yang sukar digambarkan antara kelembutan dan intensiti, membawa pengalaman yang paling menggembirakan. Dalam setiap semburan mencerminkan keberanian, kelajuan, dan maskulin yang berterusan.
CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA: WANGIAN KEBERANIAN DAN KEANGGUNAN
SUPERLEGGERA, MEMIKAT DALAM KELAJUAN TERTINGGI

Foto: CHANEL
Allure Homme Sport Super Superleggera menawarkan kekuatan tenaga yang maksimum bagi lelaki yang menghadapi cabaran dengan semangat dan keteguhan. Mengubah setiap detik menjadi pengalaman yang luar biasa dan penuh dengan pengembaraan. Keberanian ini diwakili oleh logo CHANEL dalam warna merah yang terukir pada botol, Superleggera. Lambang prestasi dan kecemerlangan ini memberikan dorongan yang hampir dengan semangat kepimpinan. Memberi bayangan seolah-olah melangkah ke trajektori terakhir: merentas, berlari, dan melangkah ke masa hadapan.
PUTARAN DERIA BAU BERKUASA TINGGI

Foto: CHANEL

Foto: CHANEL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.











