Skip to content

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Kongsikan artikel ini

Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.

Apakah itu mawar? Sebagai simbol sejagat, bunga mawar membawa pelbagai maksud untuk setiap individu berbeza. Bunga itu sendiri mempunyai kuasa alam semula jadi di sebalik setiap kelopaknya. Indah dipandang mata dan memukau pula pada harumannya.

Bunga Mawar Henry Jacques

Henry Jacques

Kembara wangian Henry Jacques sentiasa dipenuhi dengan mawar. Setiap satunya hadir dengan personaliti dan rahsia tersendiri. Sejak berdekad lamanya mawar berada dalam atelier mereka dan peminat minyak wangi sentiasa mendambakan mawar ciptaan Henry Jacques.

Musim bunga lalu menjadi titik perubahan baharu. Mereka menemui mawar yang tidak seperti yang lain, dan mereka tidak tahu mengenai kewujudannya. Seperti semua penemuan artistik yang hebat, ia bagaikan takdir dan lahirnya cetusan inspirasi serta kreativiti daripada itu. Teruja dengan konsep baharu itu, dan sentiasa berusaha untuk berinovasi, mereka menciptakan koleksi terkini yang dihasilkan daripada tuaian mawar pertamanya. Ia ditanam di kawasan Atelier baharu di Selatan Perancis.

Pada namanya, Collection de l’Atelier sahaja memaparkan bagaimana atelier sang pelukis membentuk impiannya. Koleksi ini juga dianggap sebagai satu bentuk kreativiti g paling tulen yang dibotolkan.

Palet Rona Haruman Baharu

Henry Jacques

Bagi Henry Jacques Rose de Mai absolute yang diekstrak daripada penuaian musim 2023, nyata hasilnya tidak dijangka sama sekali. Selain tampil elegan, lembut, tulen serta semula jadi.  Seakan-akan penemuan warna baharu. Ia titik permulaan baharu yang membawa mereka ke arah pelbagai kemungkinan. Ia mendorong kepada pelbagai gubahan, seakan seorang pelukis yang mencipta pelbagai rupa, bentuk, dan akhirnya menjadi satu karya seni menarik.

Selepas beberapa cubaan dan pertimbangan dengan ekstrak absolute yang mengagumkan ini, terhasillah tiga ciptaan baharu iaitu trio edisi terhad yang dicipta daripada keterampilan serta inovasi Henry Jacques. Ia dipersembahkan di antara satu sama lain dalam bekas buatan tangan. Terhad kepada 500 buah sahaja, Collection de L’Atelier ini tidak akan dihasilkan semula.

Minyak wangi yang pertama terarah kepada aspek ketulenan dan dalam masa sama meraikan kemeriahan warna HJ Rose de Mai absolute dalam segala kemegahannya. Sama seperti Yves Klein meraikan warna biru ciptaannya. Untuk yang kedua dan ketiga seterusnya lebih berani, hasil usaha selepas pelbagai kesilapan dan cubaan demi cubaan, gabungan, superposisi, keratan. Lalu terbentuknya dua haruman yang berupaya setanding dengan hasil karya artis visual Perancis, Matisse pada lewat usianya. Kala mengukir warna dan kontras pada kolaj serta bermain dengan bentuk sama juga yang bertentangan. Ia seringkali berada di antara aspek pembentukan dan pengabstrakan.

Penghormatan Untuk Momen Sepintas Lalu

Henry Jacques Malaysia

Sama seperti litografi bernombor, wangian edisi terhad baharu ini adalah tafsiran inspirasi terhadap kreativiti sepanjang hayat. Serta gambaran kepada dunia Henry Jacques yang mengagumkan. Untuk mengekalkan keindahan penuaian pertamanya, dan untuk meninggalkan ruang bagi ciptaan masa depan daripada hasil penuaian baharu. Wangian daripada Collection de L’Atelier ini tidak akan dikeluarkan semula. Ia boleh dinikmati, dikongsikan, dikumpulkan, dipelihara dan hilang sepenuhnya suatu hari nanti. Namun memorinya akan terus berkekalan.

Tiga Wangian Baharu

HJ Rose de Mai absolute 2023 menampilkan nota madu dalam harumannya, yang cair bersama watak si herba hijau. Suntikan lebih pedas hadir selepas itu, yang memberikan satu gelombang kejutan. Ia dihidupkan menerusi tiga wangian, yang pertama diberi penghormatan atas aspek ketulenannya sementara yang lain lebih nakal interpretasinya dan bertindak sebagai perintis.

ROSE SOLEIL adalah lembut, hangat, dan berempah.

Henry Jacques

Sofistikated dan kompleks, HJ Rose de Mai absolute ini bermain dengan nota cengkih, cendana, nilam dan ylang-ylang. Wangian ini menyerlahkan keremajaan, keserombonan dalam kebijaksanaan serta cetusan kegembiraan dalam senyuman tanpa sedar. Senyuman yang hanya terhasil oleh seseorang yang telah menjalani kehidupan mereka sepenuhnya. Membawa kita terlupa pada jejak masa, menyedarkan kita tehadap kehidupan seharian.

ROSE TRÈS ROSE adalah lengkap, membangkitkan, dan tersendiri.

Henry Jacques Malaysia

Halus, tulen, statutori. Di sebalik ketelusannya, HJ Rose de Mai absolute mendamaikan jiwa, memberikan rasa lengkap dan kepuasan. Seakan berada di kampung halaman yang menenangkan. Alam sekeliling yang biasa dilihat, pusat graviti kelahiran kita dan sentiasa menarik kita untuk kembali semula. Rose Très Rose memberi gambaran seperti di rumah.

ROSE AZUR adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berkarisma.

Henry jacques rose

Diselubungi di antara nota kayu-kayan kering dan sitrus, HJ Rose de Mai absolute hadir dalam bentuk semula jadinya. Sama seperti hati yang lembut di sebalik personaliti yang kental, Rose Azur perlu ditakluki. Menarik dan mempesonakan, sukar digapai, firdausi, dan di luar realiti nyata meletakkan wangian ini dalam gabungan mewah bersama identiti kompleks yang membuatkan kita berasa terikat dengannya. Aroma-aroma ini dipersembahkan dalam bentuk Les Essences, variasi minyak wangi yang paling dekat di hati Henry Jacques. Ia sebagai penghormatan kepada legasinya dalam saiz paling besar iaitu 30ml.

Edisi terhad 500 Boîtes à Parfums Collection de l’Atelier 2023 ini berharga RM45,000. Ia terdiri daripada:

  1. ROSE TRÈS ROSE (30ml)
  2. 2. ROSE SOLEIL (30ml)
  3. 3. ROSE AZUR (30ml)

 

Hadir sebagai tambahan adalah 10 peti eksklusif yang diisi dengan Collection de l’Atelier kandungan 15ml. Sementara 30ml Les Essences dalam botol flacon yang akan dilancarkan pada pertengahan 2024, setiap satu untuk 10 butik Henry Jacques.

Butik Henry Jacques terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Atau layari parfumshenryjacques.com

 

Baca lebih lanjut: 12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
celine Malaysia

RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE

Bacaan Lanjut
boss elixir

BOSS FRAGRANCE RAI ULANG TAHUN KE-25 DENGAN WANGIAN BOSS BOTTLED ELIXIR BAHARU

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut