Skip to content

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG HOLLYWOOD POPULAR

Kongsikan artikel ini

Betul kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Ramai aktor mendapat inspirasi daripada ibu bapa mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang sama.

Tidak kira sama ada di dalam atau luar negara, ibu bapa memberi pengaruh yang kuat dalam membentuk minat anak-anak sejak kecil. Antara yang terkenal di Malaysia adalah Adlin Aman Ramli, anak kepada pelakon popular 50-an, A.R. Tompel dan seniwati Ruminah Sidek. Begitu juga Syamsul Yusof, anak sulung kepada pelakon, penerbit dan pengarah Yusof Haslam.

Siapa pula anak aktor lelaki popular di Hollywood?

1. Scott Eastwood

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Merupakan anak kepada pelakon-pembikin filem popular 60-an Clint Eastwood, Scott menceburi dunia hiburan menggunakan nama Scottt Reeves untuk mengelak nepotisme. Dia pernah membintangi beberapa filem bapanya termasuk Gran Torino, Invictus dan Trouble with the Curve.

“Saya tidak rasa saya seorang yang kompetitif. Saya gembira melihat dia berkerjaya dan berjaya. Pasa usia sekarang, dia telah mencapai jauh lebih banyak berbanding saya ketika muda,” kata Clint dalam satu temu bual beberapa tahun lalu.

 

2. John David Washington

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Anak lelaki Denzel Washington ini meninggalkan kerjayanya dalam National Football League (NFL) untuk bergelar pelakon, sama seperti bapanya. Sebelum menceburi bidang lakonan, dia bermain untuk pasukan St. Louis Rams yang kini dikenali sebagai Los Angeles Rams.

Antara drama lakonannya adalah Ballers dan BlacKkKlansman, manakala filem pula termasuk Tenet dan Malcom & Marie di samping Zendaya.

 

3. Ben Stiller

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

Foto: FilmMagic

Pelakon dan pembikin filem ini merupakan anak kepada Jerry Stiller dan Anne Meara, pasangan komedi popular yang sering muncul dalam The Ed Sullivan Show pada tahun 60-an. Jerry kemudian menjadi pelakon dan membintangi pelbagai filem antaranya Seinfeld dan The King of Queens.

Ben sendiri pernah berlakon di samping bapanya dalam beberapa filem termasuk The Heartbreak Kid, Heavyweights, Hot Pursuit, Zoolander dan Zoolander 2.

 

4. Colin Hanks

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Anak sulung pelakon Cast Away, Tom Hanks bersama bekas isteri, Samantha Lewes ini mencipta nama menerusi fiem Orange County di samping Jack Black pada 2002. Dia kemudian membintangi lebih banyak filem hebat antaranya King Kong, The House Bunny dan siri Jumanji. Colin juga terkenal dengan peranannya dalam pelbagai rancangan televisyen seperti Life in Pieces.

“Bapa saya sentiasa memberi sokongan padu dalam setiap keputusan saya, lebih-lebih lagi dalam memilih apa yang saya mahu lakukan,” katanya pada 2009.

 

5. Alexander, Gustaf, Bill & Valter Skarsgard

Foto: Artrianon

Empat beradik kacak ini adalah anak kepada aktor popular kelahiran Sweden, Stellan Skarsgard. Alexander terkenal dengan beberapa siri popular seperti Succession manakala Bill menerusi francais filem seram, It. Gustaf pula baru sahaja muncul dengan projek terbaru menerusi filem pecah panggung, Oppenheimer. Valter sebaliknya lebih banyak terlibat dalam drama dan filem di negara kelahirannya.

Bapa mereka, Stellan menceburi industri hiburan pada tahun 1960-an dan telah membintangi pelbagai filem terkenal seperti Good Will Hunting, Ronin, dua filem Pirates of the Caribbean, Mamma Mia! dan Thor. Terbaru dia muncul dalam filem Dune: Part Two sebagai Baron Vladimir.

 

6. Chris Pine

Foto: Getty Images

Pemilik nama Christopher Whitelaw Pine ini meraih populariti di Hollywood menerusi filem The Princess Diaries 2, seterusnya siri Star Trek dan filem Wonder Woman. Dia merupakan anak aktor Robert Pine dan aktres Gwynne Gilforn yang kemudiannya menjadi ahli terapi psikologi. Tidak terhenti di situ, neneknya Anna Gwynne juga merupakan pelakon terkenal Hollywood pada tahun 1940-an.

Bapanya, Robert terkenal dengan wataknya sebagai Sarjan Joseph Getraer dalam siri tahun 70-an, Chips. Sehingga kini dia telah muncul dalam lebih 400 episod rancangan televisyen termasuk Chips.

 

7. Michael Douglas

Foto: Getty Images

Pelakon Basic Instinct ini merupakan anak kepada pasangan pelakon popular Hollywood, Kirk Douglas dan Diana Dill. Malah anak lelakinya, Cameron Douglas turut mengikut mengikut jejak langkahnya dengan membintangi beberapa filem sebelum dipenjara akibat penyalahgunaan dadah.

Kirk memegang pelbagai watak ikonik dalam filem klasik antaranya Champion, Path of Glory dan Spartacus, manakala Michael pula dikenali dengan peranannya dalam Wall Street. Menerusi watak ini, dia berjaya membawa pulang trofi Oscar sebagai pelakon lelaki terbaik pada 1988.

 

Foto: Esquire

Pautan berkaitan: ADIK-BERADIK SELEBRITI YANG MENDOMINASI PENTAS HOLLYWOOD

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
HARRY STYLES BAWAKAN AURA BERTENAGA DALAM PENAMPILAN TERKININYA

HARRY STYLES BAWAKAN AURA BERTENAGA DALAM PENAMPILAN TERKININYA

Bacaan Lanjut
DONT WORRY DARLING HARRY STYLE DIDAKWA MELUDAH CHRIS PINE

DON’T WORRY DARLING: HARRY STYLES DIDAKWA MELUDAH CHRIS PINE?

Bacaan Lanjut

GODAAN LELAKI TERLETAK PADA JAMBANGNYA! 6 SEBAB PERLU ANDA TAHU

Bacaan Lanjut