Skip to content

CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

Kongsikan artikel ini

Tahun ini, ada kisah baru yang ingin dikongsi Chris Pine bersama peminat. Bukan menerusi filem terbaru tetapi buku sulungnya untuk golongan kanak-kanak.

Aktor berusia 43 tahun itu berkata dia bakal tampil dengan sebuah buku cerita berjudul When Digz the Dog Met Zurl the Squirrel pada musim luruh akan datang. Ia akan diterbitkan oleh Flamingo Books di bawah syarikat Penguin Young Readers.

Buku yang memaparkan ilustrasi daripada Chuck Groenin itu menceritakan tentang persahabatan dua haiwan: Digz si anjing dan dan Zurl si tupai. Masing-masing berasakan mereka adalah ketua di taman Miss Pincher dan mula bergaduh kerana menyangka mereka tidak boleh bekerjasama dan menjadi kawan. Digz dan Zurl akhirnya menyedari mereka sebenarnya tidak banyak perbezaan, menurut sinopsis.

BUKU Chris Pine

Foto: People

Sumber Inspirasi Chris Pine

Menurut bintang Wonder Woman ini, dia terhutang budi dengan ibu bapanya kerana menerapkan minat suka membaca dalam dirinya sejak kecil. Rasa cinta terhadap kesusasteraan juga memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan buku cerita ini.

“Saya suka buku, saya suka membaca. Masih saya ingat bagaimana bapa memeluk saya sambil membacakan buku The Wind and the Willows buat kesekian kalinya. Juga bagaimana ibu mereka kisah-kisah indah dan menceritakannya kepada saya sebelum tidur.

“Hasrat saya adalah untuk mencipta sesuatu yang mengingatkan saya tentang cerita klasik ketika zaman saya membesar: Kisah ringkas yang ditambah dengan ayat-ayat menarik dan ilustrasi comel. Mudah-mudahan ia akan berhubung dengan jiwa kanak-kanak dalam diri kita semua,” tambahnya.

When Digz the Dog Met Zurl the Squirrel akan menemui pembaca pada 8 Oktober 2024. Selain menerbitkan buku, Chris kini sibuk dengan pelbagai projek menarik sehingga penghujung tahun. Filem arahan pertamanya, Poolman akan ditayangkan di layar perak pada 10 Mei. Dia akan turut membintangi filem ini di samping Annette Bening dan Danny DeVito.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: SELEPAS PUTERA HARRY, PUTERA WILLIAM PULA UMUM BAKAL TERBITKAN BUKU

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG HOLLYWOOD POPULAR

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
HARRY STYLES BAWAKAN AURA BERTENAGA DALAM PENAMPILAN TERKININYA

HARRY STYLES BAWAKAN AURA BERTENAGA DALAM PENAMPILAN TERKININYA

Bacaan Lanjut
DONT WORRY DARLING HARRY STYLE DIDAKWA MELUDAH CHRIS PINE

DON’T WORRY DARLING: HARRY STYLES DIDAKWA MELUDAH CHRIS PINE?

Bacaan Lanjut

GODAAN LELAKI TERLETAK PADA JAMBANGNYA! 6 SEBAB PERLU ANDA TAHU

Bacaan Lanjut
FOTO BINTANG KELAS-A DALAM FILEM PERTAMA LAKONAN MEREKA

FOTO BINTANG KELAS-A DALAM FILEM PERTAMA LAKONAN MEREKA

Bacaan Lanjut