INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS
Hubungan seks dalam ikatan rumah tangga yang sudah terjalin sah pastinya menyerikan rumah tangga. Bahkan ia diwajibkan dalam perkahwinan. Bagi yang sudah berkahwin, hubungan seks boleh menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang antara suami dan isteri. Namun begitu ada sesetengah pasangan enggan seks.
Mengapakah isu ini terjadi? Kita seringkali terdengar isteri bersikap dingin di kamar tidur, pelbagai alasan diberikan seperti penat, tidak sihat juga situasi diri yang tidak membenarkan seperti datang bulan dan hamil.
Namun, apakah pula alasannya pula jika seorang suami menolak hubungan seks dengan isteri? Jika ini berlaku, maka pelbagai soalan yang bermain di minda si isteri. “Apakah saya ada membuat kesalahan?” “Mungkinkah dia ada orang lain di hatinya?” Sudah pasti soalan-soalan ini terungkai secara automatik di fikiran.
Bawa bertenang. Take a chill pill. Kerana ada beberapa sebab munasabah kenapa suami menolaknya dan mungkin anda juga boleh menjadi salah satu dari penyebabnya.
4 SEBAB UTAMA SUAMI ENGGAN SEKS
Tidak semua mahu akui bahawa mereka mempunyai masalah di kamar kerana perihal ini cukup peribadi. Ada yang menganggap ia sesuatu yang memalukan, tetapi ada juga yang mengambil ini sebagai alasan untuk curang pada pasangan.
Sebelum anda mula berfikir bukan-bukan, anda perlu faham terlebih dahulu kenapa ada pasangan enggan seks lagi-lagi sekiranya si dia seorang lelaki. Ini antara sebab-sebabnya:
1. STRESS
Terlalu stres dengan bermacam ragam hal di tempat kerja membuatkan suami hilang mood dengan siapa pun termasuk isteri.
Bagi lelaki, apabila mereka stres tentang kerja, fikiran mereka akan tidak henti memikirkannya dan mulalah berfikir secara negatif di mana kariernya tidak akan pergi jauh dan sekali gus menolak seks dengan isteri.
Bagi isteri jalan yang anda boleh buat adalah cuba mengajaknya untuk berbincang jika dia memerlukan pertolongan tetapi cari masa yang sesuai untuk bercakap tentangnya, jika tidak lain jadinya.
2. CLINICAL DEPRESSION
Ini adalah faktor besar yang membuatkan lelaki menolak seks. Tidak kira tua atau muda, lelaki yang mengalami masalah tertekan ini boleh mengakibatkan dirinya menolak untuk melakukan seks dengan isterinya.
Tekanan klinikal adalah penyakit secara fizikal dari kelemahan seseorang itu. Apa yang anda boleh buat bagi isteri adalah sabar. Cuba mengajaknya untuk berjumpa doktor atau kaunselor untuk merehatkan minda dan dirinya.
3. TAHAP TESTOSTERONE RENDAH
Jika dilihat secara saintifik tentang tubuh badan dalaman lelaki, selalunya lelaki yang sudah hampir mencecah umur 40-an tahap testosteron dalam tubuh badan akan mula menurun.
Jika ini berlaku masa demi masa, lelaki akan mula hilang keinginan untuk melakukan seks. Namun kadang kala lelaki boleh kehilangan testosteron secara mendadak. Kondisi ini boleh dikaitkan dengan andropaus yang juga boleh mengakibatkan kurang tenaga, mudah tertekan dan hilang nafsu seks.
Jika ini berlaku, si isteri hendaklah mengajaknya untuk membuat pemeriksaan pakar dan pinta nasihat dari mereka untuk masalah tersebut.
4. TERLALU PENAT
Ada masanya apabila suami mengatakan yang dia terlalu penat jadi itu menandakan yang dia tidak mahu untuk melakukan seks.
Jangan mudah kecil hati apabila suami mengatakannya kerana penat kerana mungkin memang benar apatah lagi apabila penat pulang dari kerja seharian dan sehingga tiada daya fizikal untuk melakukan hubungan seks.
Elakkan dari terus melenting jika suami menolaknya sebab penat kerana masalah seks dalam rumah tangga juga adalah salah satu punca yang membawa kepada penceraian.
Teks Wan Mohd Firdaus
Artikel berkaitan: DAH KAHWIN? ELAK 4 POSISI INI KETIKA BERHUBUNGAN SEKS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI
Dikenali menerusi watak-watak ‘bad boy’atau filem terbarunya Saltburn, Jacob Elordi adalah lelaki moden yang bisa mencairkan hati wanita.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
MAXIME BOUTTIER TAWAN HATI LUNA MAYA
Dalam perjalanan seni Maxime Bouttier, pencapaiannya tidak hanya terbatas pada layar perak, tetapi juga dalam kehidupan peribadi yang menjadi sorotan media.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.