Skip to content

HARUMAN LOUIS VUITTON UNTUK BAPA KESAYANGAN

Kongsikan artikel ini

Les Parfums Louis Vuitton buka jilid baru dalam koleksi haruman lelaki menerusi Imagination. Tiada lebih istimewa jika sebotol haruman mewah ini dijadikan pemberian hadiah sempena Hari Bapa.

Komposisi luar biasa, wangian ketujuh ini cukup istimewa buat Master Perfumer, Jacques Cavallier Belletrud. Kembara dalam pembuatan Imagination dilihat sebagai esensi penuh inovatif, serta bak melayari impian dalam memilih masa depan. Sepertimana anda bebas tiada batasan mencari personaliti diri. Jacques Cavallier Belletrud sekali lagi, dalam ruang kepakarannya menghasilkan sebuah ciptaan cukup berimaginasi luar jangkaan dengan pemilihan aroma serba nostalgia. Setelah hampir 5 tahun, dia tidak sabar untuk menampilkan aroma penuh kecantikan ini melalui Ambergris. Nota ini cukup memberi mood kontemporari.

Bayangan nostalgik antara anda dan bapa kesayangan mungkin terselit disebalik memori Imagination. Menerusi gabungan setiap aroma ini melalui proses exceptional hanya untuk mencipta aroma serba kontras dan seimbang. Kepakaran Jacques Cavallier Belletrud dalam mengabungkan bahan semula jadi untuk setiap ciptaannya sememangnya tidak perlu disangkal lagi, ianya sebuah masterpiece.

Nota aroma seperti Ambrox bersama Citrus sebagai pembuka bicara, terlengkap bersama Calabrian Bergamot, Orange dan Sicilian Cedar. Tidak terhenti di situ, ekspresi segar melalui nota bunga seperti Tunisian Neroli serta Nigerian Ginger, ekstrak Carbon Dioxide dan Ceylon Cinnamon  cetus mood intensif.

Jika anda baru mengenali Les Parfums Louis Vuitton, setiap rekaannya punya aroma eksklusif atau rahsia mengapa haruman terlalu memikat hati. Untuk Imagination, Jacques Cavallier Belletrud memilih Black Tea cukup rare dalam pasaran China. Lantas mendapat ekstraksi bersama Carbon Dioxide  dan nota tambahan seperti Grass, Straw dan sedikit Smoky Edge

Artikel berkaitan HARUMAN PENENTU JODOH

 

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI

Bacaan Lanjut

LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1

Bacaan Lanjut

CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024

Bacaan Lanjut