JACKSON WANG : TIPS PENJAGAAN KULIT CANTIK DAN BERSIH
RAHSIA KULIT CANTIK DAN BERSIH JACKSON WANG DI RED CARPET.
Di sebalik penampilan penuh gaya dan karisma Jackson Wang di pentas dan layar, satu perkara yang sering mencuri perhatian peminat adalah kulit wajahnya yang bersih, sihat dan bersinar alami. Bekas ahli GOT7 yang kini mencipta nama besar sebagai artis solo, ikon fesyen, dan pengasas TEAM WANG, Jackson bukan hanya menjaga penampilannya untuk kamera, tetapi juga mempraktikkan rutin penjagaan kulit Jackson Wang yang konsisten dan realistik.
Berikut merupakan tips penjagaan kulit cantik dan bersih Jackson Wang yang dikongsikan dalam podcast bersama Beerbiceps: Jackson Wang’s MOST Wholesome Podcast | UNFILTERED Talk, Bromance & Laughs | TRS
#1 Workout
Bersenam bukan saja baik untuk badan, tapi juga untuk kulit. Apabila kita bersenam, aliran darah dalam badan akan lebih lancar, bantu bawa oksigen dan buang toksin dari kulit. Peluh pula bertindak macam detoks semula jadi, asalkan kita cuci muka selepasnya. Senaman juga bantu untuk kurangkan stres dan membuatkan kita tidur lebih lena; senaman dan tidur yang berkualiti merupakan dua faktor penting untuk kulit kekal sihat dan bersih. Tambahan pula, orang yang aktif selalunya akan lebih menjaga pemakanan dan minum air secukupnya, yang turut menyumbang kepada kulit lebih segar dan berseri.
#2 ice bowl (5 times 10 seconds rule)
Jackson Wang menggunakan rutin ice bowl (5 times 10 seconds rule) untuk kekalkan kulitnya segar dan tegang. Caranya mudah, rendam muka ke dalam mangkuk berisi air sejuk dan ais selama beberapa saat dan ulang semula sebanyak lima kali diikuti dengan 10 saat break setiap rendaman; selepas mencuci wajah. Teknik ini membantu untuk mengecilkan pori, kurangkan bengkak di muka, dan beri kesan ‘glowing’ semulajadi. Ia juga buat wajah nampak lebih segar, terutamanya bila letih atau selepas bangun tidur.
#3 Green juice formula setiap pagi
Setiap pagi, Jackson Wang minum green juice yang kaya dengan sayur dan buah hijau untuk bantu detoks badan dan jaga kulit dari dalam. Amalan ini membuatkan dia rasa lebih bertenaga, mengurangkan jerawat, dan kulit jadi lebih sihat serta bersinar secara semula jadi.
🥬✨ Resepi ‘Green Juice’ Gaya Jackson Wang
Minuman pagi untuk tenaga + kulit bersih & glowing
✅ Bahan-Bahan:
- 🧄 1 ulas bawang putih (anti-bakteria, bagus untuk imun & kulit)
- 🌱 1 inci halia (bantu penghadaman & kurangkan inflamasi)
- 🍋 ½ biji lemon (tinggi vitamin C, bantu cerahkan kulit)
- 🌿 1 batang saderi (rendah kalori, bagus untuk detoks)
- 🍏 1 biji epal hijau (rasa manis semulajadi, kaya serat)
- 🥦 ¾ cawan brokoli (antioksidan tinggi untuk lindungi kulit)
- 🍌 1 biji pisang (beri tekstur creamy + potassium)
- 🫐 5 biji beri biru (anti-penuaan & antioksidan tinggi)
- 🥒 Sedikit timun (hidrat kulit & kurangkan sembap)
- 🌿 1 sudu kecil parsley segar (pembersih darah semula jadi)
- 🌰 Sedikit serbuk kulit kayu manis (kawal gula & anti-radang)
- 🧴 1 sudu kecil serbuk kolagen (sokong keanjalan kulit)
- ❄️ Ais secukupnya
- 🥥 Air kelapa sebagai asas (untuk rasa segar & elektrolit)
PAUTAN BERKAITAN: PENYELESAIAN MUDAH KEPADA LIMA MASALAH KULIT LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI
Ketahui lima cara mudah dan berkesan untuk lelaki menghilangkan kulit kusam dan mendapatkan kulit yang lebih segar serta sihat.
KEMUNCULAN SEMULA GOT7 SELEPAS 3 TAHUN
GOT7 bakal kembali secara lengkap dalam dunia muzik selepas tiga tahun dinanti-nantikan oleh peminat mereka, iGOT7.
TEAM WANG WARNAI DUNIA FESYEN DENGAN KOLEKSI TERBARU
Jenama fesyen Jackson Wang, TEAM WANG mengumumkan pelancaran koleksi terbaru SPARKLES - I SEE THE LIGHTS yang warna-warni.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear 2024 di kota Milan dan Paris kali ini?
“EXPECT SOME MUSIC FROM ME THIS YEAR!” – SEAN LEE, GLAM LELAKI JULAI/OGOS 2023
Bintang GLAM Lelaki Julai/Ogos 2023, Sean Lee berkongsi harapan menjejak usia 30 tahun, perancangan masa hadapan dan impiannya untuk menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.