Skip to content

JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!

JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!

Kongsikan artikel ini

Jangkitan kulat biasanya dikaitkan dengan wanita, tetapi lelaki juga tidak terlepas daripada mengalaminya.

Istilah jangkitan kulat secara amnya merujuk kepada jangkitan faraj yang disebabkan oleh candida albicans. Spesies candida lain yang jarang ditemui termasuk glabrata, parapsilosis, tropicalis, dan krusei. Bagaimanapun ia juga boleh menjangkiti bahagian tubuh lain. Sebagai contoh jangkitan kulat di bahagian mulut dipanggil thrush atau kandidiasis mulut, manakala jangkitan di bahagian seperti ketiak dan pangkal paha dipanggil kandidiasis kulit.

Jangkitan pada bahagian zakar pula dipanggil candida balanitis atau balanitis thrush. Perkataan balanitis merujuk kepada keradangan pada kepala zakar. Candida menjangkiti bahagian ini lebih kerap berbanding mana-mana jangkitan lain. Jika keradangan turut berlaku pada bahagian kulup, ia dikenali sebagai candidal balanoposthitis.

Ini maklumat penting anda wajib tahu tentang jangkitan kulat

Punca & Faktor Risiko

Tidak seperti jangkitan kulat pada faraj, candida balanitis biasanya dijangkiti melalui hubungan seks — apabila lelaki melakukan hubungan intim dengan seseorang yang mengalami jangkitan kulat. Bagaimanapun ia tidak dianggap sebagai penyakit kelamin kerana lelaki boleh mendapat jangkitan tanpa berhubungan seks. Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat jangkitan ini. Ia termasuk antibiotik (ia membunuh bakteria baik yang mengawal candida), penyakit autoimun terutama HIV, penyakit kencing manis dan ubat antiradang kortikosteroid.

balanitis

Foto: Getty Images

Selain itu jangkitan candida juga lebih biasa di kalangan lelaki yang tidak berkhatan. Ini kerana persekitaran yang hangat dan lembap di bawah kulup menggalakkan pertumbuhan kulat. Satu kajian mendapati candida balanitis lebih mudah menjangkiti lelaki berusia lebih 40 tahun dan penghidap diabetes mellitus. Kebersihan diri juga boleh memainkan peranan dalam perkembangan jangkitan ini. Mencuci zakar dengan sabun atau gel mandian mengandungi wangian boleh merengsakan kulit, sekali gus membantu pembiakan candida.

 

Gejala & Komplikasi

Candida balanitis biasanya disertai dengan gejala yang agak teruk, antaranya rasa pedih dan gatal pada kepala zakar yang bertambah buruk selepas melakukan hubungan intim. Selain itu berasa sakit ketika membuang air kecil, terdapat kemerahan dan bengkak, serta timbul ruam dipanggil papula yang mungkin mengandungi nanah. Jika anda dijangkiti candidal balanoposthitis, anda mungkin mengalami keputihan teruk dan bau tidak menyenangkan daripada bahagian kulup.

jangkitan kulat

Foto: Getty Images

Lelaki yang menghidap kencing manis mungkin mengalami gejala lebih teruk termasuk pengumpulan cecair dan ulser pada zakar serta rekahan pada kulup. Komplikasi balanitis termasuk ketidakupayaan untuk menarik balik kulup, selulitis (keradangan tisu penghubung di bawah kulit) dan penyempitan uretra yang menyukarkan membuang air kecil. Bagaimanapun ia jarang berlaku.

 

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Seperti jangkitan faraj, jangkitan pada zakar juga mudah dirawat dengan krim antikulat dan pengambilan ubatan yang boleh didapatkan di farmasi. Bagaimanapun jika tidak berkesan, berjumpalah doktor untuk rawatan susulan kerana anda mungkin mengalami jangkitan lain balanitis atau candida yang kebal terhadap krim antikulat.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: 5 TIP MUDAH PENJAGAAN ZAKAR UNTUK KEKAL SIHAT DAN KUAT!

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 AMALAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN LELAKI

5 AMALAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN LELAKI

Bacaan Lanjut
TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI

TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI

Bacaan Lanjut
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

Bacaan Lanjut
5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA

5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA

Bacaan Lanjut
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA

AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA

Bacaan Lanjut