KEBAIKAN BOXING UNTUK LELAKI
Senaman tinju atau boxing boleh jadi antara senaman terbaik yang mampu untuk memberi anda kecergasan dari segi mental dan fizikal. Senaman ini bukan sahaja mampu untuk membina otot, namun pada masa yang sama ia juga bagus untuk mengurang tekanan ataupun stres. Nak tahu manfaat lanjut senaman tinju? Teruskan membaca..
1. Membakar lemak
Aktiviti senaman boxing adalah bentuk senaman yang memerlukan kita untuk menggerakkan seluruh tubuh badan secara kerap dengan rutin yang agak pantas. Secara automatik, banyak lemak-lemak kita akan dibakar dengan segera untuk ditukarkan kepada tenaga untuk tubuh anda. Boxing juga cara terbaik untuk kurangkan berat badan tanpa perlu berlari atau joging.
2. Meningkatkan kecergasan kardiovaskular
Boleh dikatakan keseluruhan anggota badan kita akan bergerak sewaktu senaman ini dilakukan. Walaupun senaman ni kurang melibatkan aktiviti menendang, tetapi pada masa sama kita masih memerlukan kekuatan kaki untuk memastikan badan kita tetap stabil sewaktu gerakan menumbuk dan menahan.
3. Menguatkan otot-otot
Untuk bina otot-otot yang kuat, senaman atau sukan boxing adalah jawapannya. Namun, sekiranya anda ingin membina otot yang besar, anda dinasihatkan untuk lakukan banyak senaman angkat berat. Perasan tidak,banyak atlet boxing, rata-rata badan mereka tidaklah sebesar mana namun tenaga dalaman mereka ternyata kuat.
4. Melegakan tekanan dan juga stress
Pernah tidak anda rasa seakan ingin menumbuk sesorang jika sedang berada dalam tekanan. Sama seperti konsep dalam senaman boxing, ia memberikan anda peluang untuk melegakan keseluruhan tubuh badan dari tekanan yang hanya dengan melakukan gerakan menumbuk dan menendang. Anda pasti akan lebih berasa lega selepas itu.
5. Meningkatkan kestabilan tubuh
Sebagai seorang manusia, kita perlukan kekuatan otot kaki dan juga pinggang untuk menstabilkan badan kita, barulah tumbukan yang dilepaskan mengenai sasaran dan padu. Latihan ini apabila dilakukan secara berulang-ulang, akan membantu kita meningkatkan kestabilan badan kita.
#Bagi impak senaman tinju atau boxing yang lebih berkesan, pemilihan boxing gloves juga amat penting. Kami mencadangkan pergunaan Powerlock Traning Gloves dari Everlast. Dicipta dengan teknologi Powerlock, lapisan ergonomik ini memberikan anda genggaman semula jadi untuk keseimbangan, kelajuan, keselesaan serta pelindungan ketika melakukan tumbukan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
DI SEBALIK LELAKI AGRESIF: REALITI YANG PERLU LELAKI HADAM
Ramai antara kita dibesarkan dalam budaya yang menormalisasikan dominasi lelaki dalam hubungan. Ayuh selami...
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
SUSU MENTAH: REALITI TREND ‘NATURAL’ UNTUK LELAKI MODEN
Dalam era kesihatan dan gaya hidup berasaskan semula jadi, susu mentah kembali menjadi topik khususnya di kalangan lelaki moden.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih