4 LANGKAH MUDAH VICTOR TSUI UNTUK TAMPIL LEBIH YAKIN DAN SEGAK
Dalam dunia fesyen yang dipenuhi dengan trend dan obsesi terhadap jenama fesyen mewah, Victor Tsui tampil berani dengan pendekatan yang lebih asas dan jujur. Dalam videonya “4 Ways To Max Your Looks & Confidence”, Victor bukan sekadar bercakap tentang item fesyen terkini atau gaya hangat di pasaran. Sebaliknya, beliau berkongsi sesuatu yang lebih bermakna iaitu panduan untuk tampil lebih yakin dan segak bergaya; ringkas, timeless dan kekal relevan.
Ini cara bagaimana Victor Tsui untuk tampil lebih yakin dan segak:
#1 Siluet dan Potongan Baju Kunci Utama

Lupakan dulu soal jenama atau trend. Jika pakaian tidak terletak elok pada badan, keseluruhan gaya akan kelihatan hambar. Victor menekankan bahawa potongan yang sesuai mampu menyerlahkan bentuk tubuh dan memberikan aura yang lebih kemas dan meyakinkan. Tak perlu untuk membeli pakaian baru, kadang kala dengan sedikit alteration pun sudah cukup untuk beri impak besar.
#2 Penjagaan Diri Adalah Asas Gaya

Menurut Victor, penampilan yang bersih dan terurus jauh lebih penting daripada aksesori mahal. Rambut yang kemas, kulit yang dijaga rapi dan wajah yang bersih sudah cukup untuk menunjukkan bahawa anda ambil berat tentang diri sendiri. Anda tidak memerlukan rutin kecantikan yang rumit, cukup sekadar konsisten dan jaga asas.
#3 Bahasa Tubuh Yang Yakin

Keyakinan diri bukan hanya tentang apa yang anda pakai, tetapi bagaimana anda membawakan diri. Cara berdiri, cara melangkah, dan bagaimana anda menilai seseorang, semuanya memberi isyarat tentang siapa anda. Victor percaya bahawa postur yang tegak dan gerak tubuh yang yakin mampu mempengaruhi cara orang melihat dan berinteraksi dengan anda.
#4 Keyakinan Bermula Dari Dalam

Paling penting, gaya sebenar bermula dari hati. Anda boleh pakai apa sahaja, tapi jika anda sendiri tidak yakin dengan siapa diri anda, gaya itu akan terasa kosong. Victor menyeru agar kita lebih selesa dengan identiti sendiri. Bila anda yakin dengan siapa diri anda, pakaian dan gaya akan secara semula jadi memancarkan keyakinan itu.
Victor Tsui bukan sekadar mengajar kita cara berpakaian, tetapi mengingatkan kita untuk kembali kepada asas iaitu niat, kesedaran dan gaya yang selari dengan diri sendiri. Dalam dunia yang berlumba untuk kelihatan ‘lebih’, gaya yang paling menarik kadang kala datang dari mereka yang paling tenang, paling yakin, dan paling tulen.
ARTIKEL BERKAITAN:PANDUAN SOLEKAN HALUS BUAT LELAKI TAMPIL LEBIH SEGAR
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI LELAKI DI SEBALIK WANITA BERJAYA DI MALAYSIA
Ada figura lelaki yang hebat sebagai pendorong dan tulang belakang di sebalik wanita-wanita yang berjaya di Malaysia.
PEMPENGARUH FESYEN BERBANGSA CINA YANG TERKENAL DI MALAYSIA
Pempengaruh fesyen berbangsa Cina di Malaysia merupakan individu yang amat berpengaruh dalam dunia fesyen tempatan.
5 PAWAGAM MEWAH DI KUALA LUMPUR UNTUK PENGALAMAN MENONTON ‘FIRST CLASS’
Kuala Lumpur kini menyajikan barisan pawagam mewah untuk meningkatkan lagi pengalaman ketika anda keluar menonton wayang.
KENALI ANAK LELAKI SELEBRITI MALAYSIA YANG MAKIN MENJADI PERHATIAN
Generasi baharu buat anak lelaki selebriti di Malaysia semakin lama menjadi bualan ramai kerana karenah tersendiri.
6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI
Koleksi Baju Melayu untuk Raya 2026 kali ini sudah mula dipaparkan. Pelbagai jenis koleksi menarik boleh dilihat.
TOP 6 PELAKON LELAKI ASEAN YANG MENJADI ‘CRUSH’ RAMAI
Enam pelakon lelaki ASEAN yang menjadi kegilaan ramai dari Thailand, Malaysia, Korea hingga Singapura. Karisma, bakat dan pesona layar.











