Lima Cara Menghindari Kulit Kering dan Gatal
Kekal segak dengan kulit yang penuh maya! Ketahui lima cara-cara untuk mengelakkan kulit dari bencana yang menyebabkan bahagian badan terlalu kering dan gatal.
Kebanyakan masalah kulit, mampu dirawat dengan bahan-bahan yang memberi manfaat kepada kulit wajah. Walaupun anda telah menemui rejimen penjagaan kulit yang sesuai dan lengkap buat keperluan kulit, walaupun rejimen itu lebih minimalis atau mudah dijaga – anda akan secara berkala menghadapi masalah kulit kering dan gatal. Udara sejuk dan kering seperti di dalam bilik berhawa dingin pasti menjadi salah satu punca. Tetapi kulit kering juga boleh terjadi akibat dari cuaca panas, terutamanya di negara ini dengan iklim yang tidak menentu serta kawalan pergerakan bersyarat yang masih dikuat kuasa – menyebabkan pendedahan kulit di bawah penghawa dingin sangat tinggi.
Selain daripada itu, masih sukar untuk mengetahui apa yang boleh anda lakukan untuk mengelak situasi atau terjadinya kekeringan pada kulit. Ini kerana terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada status kelembapan kulit (baik kulit wajah mahupun kulit badan). Mungkin jumlah masa yang dihabiskan di bilik mandi, suhu bilik mandi, produk yang digunakan, dan tanpa penggunaan apa-apa produk.
Berikut adalah 5 cara untuk mengelak atau menyingkirkan kulit kering, terutamanya jika anda terlalu terdedah dengan cuaca di luar mahupun terlalu terdedah dengan penggunaan hawa dingin di dalam rumah. Beberapa petua ini mungkin juga berfungsi pada negara yang berlainan musim, tetapi tidak semestinya cara penyelesaian ini hanya untuk kulit kering (kulit berminyak atau kulit sensitif perlukan penjagaan dan belaian setimpal). Mari pertimbangkan semula cara-cara untuk mengelakkan kulit kering, gatal dan memperbaiki sebarang isu buat kulit tersebut.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BEBAS JERAWAT! RAWAT WAJAH DAN IKUT STEP INI
Masalah kulit berjerawat sering melanda lelaki! Tidak kisah muda mahupun tua. Pasti seketul jerawat muncul. Ini cara rawatnya.
TEKSTUR SERUM WAJAH PALING NGAM UNTUK LELAKI
Aesop bagi solusi terbaik menerusi Lucent Facial Concentrate untuk lelaki yang kurang suka tekstur yang tebal atau minyak!
RAIKAN TAHUN BARU BERSAMA KIEHL’S
Kolaborasi yang kelima Kiehl’s bersama ilustrator artis, Shan Jiang untuk koleksi edisi terhad sempena sambutan tahun baru Lunar 2023.
BRAD PITT DAN KEKASIH BARUNYA, LE DOMAINE
Jika Adam levine sibuk dengan kes curangnya, lain pula dengan Brad Pitt dia sibuk dapatkan inspirasi dari bekas kekasihnya sempena misi untuk mengeluarkan set penjagaan kulit
RUTIN PENJAGAAN MALAM UNTUK KULIT SIHAT BERSERI
Rutin skincare pada waktu malam tidak kurang pentingnya demi mendapatkan kulit sihat berseri. Amalkan langkah yang tepat untuk hasil terbaik.
RAHSIA KULIT LEMBAP SELAMA 48 JAM
Cuaca semakin hari, semakin panas! Kulit pula kembali kering dan tidak bermaya. Cetaphil hadir dengan solusi kulit lembap sehingga 48 jam