Skip to content

DOKUSIRI NETFLIX WILL SMITH MENDAPAT PENILAIAN 100% OLEH ROTTEN TOMATOES

DOKUSIRI NETFLIX WILL SMITH MENDAPAT PENILAIAN 100% OLEH ROTTEN TOMATOES!

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Apabila nama Will Smith disebut, biasanya apa yang terus terlintas di fikiran kita adalah Fresh Prince atau Men In Black.

Jauh sekali kita memikirkan tentang Smith dalam keadaan serius, apatah lagi membincangkan tentang 14th Amendment atau Pindaan ke-14 dalam perlembagaan Amerika Syarikat.

Namun inilah yang ingin diterokai pelakon ini menerusi siri dokumentari terbarunya di Netflix, Amend: The Fight for America. Dia berharap dapat mendidik orang ramai mengenai perkara yang dianggapnya sebagai subjek yang sangat penting.

 

Foto: Netflix

 

Dia menjelaskan tentang kepentingan pindaan tersebut kepada Deadline. “Kita sedang hidup dalam suasana tidak sejajar sebagai masyarakat, negara, dan keluarga. Saya percaya dengan memupuk pemahaman peribadi dan sejarah, ia mampu menimbulkan rasa belas kasihan yang penyembuhan yang sememangnya sangat diperlukan.”

Pindaan ke-14 yang disahkan pada 1868 memberi kewarganegaraan kepada semua individu yang dilahirkan atau dinaturalisasikan di Amerika Syarikat (termasuk bekas hamba) dan dijamin perlindungan sama rata oleh undang-undang.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

Bacaan Lanjut