BERLUTI X KEN KOLEKSI KHAS BUAT BUAH HATI BARBIE
Tahun ini menyaksikan momen penting buat Ken, si buah hati kepada Barbie. Pada 1961, Ken ‘dilahirkan’ pada dunia untuk menjadi pendamping setia anak patung Barbie. Sebagai penanda penting, Berluti memilih untuk menghasilkan satu kolaborasi unik dengan Mattel. Maka diperkenalkan Berluti x Ken sebagai meraikan ulang tahun ke-60 Ken ‘lahir’ kedunia.
Kris Van Assche, selaku Pengarah Kreatif Berluti mereka tiga anak patung Ken yang lebih inklusif. Tiga anak patung Berluti x Ken ini disarungkan dengan koleksi Berluti x Brian Rochefort. Uniknya, bukan sahaja kacak dalam helaian Berluti, malahan anak patung Ken ini nampak maskulin dengan kereta buggy ilham Hot Wheels!
Dua item baru juga diperkenalkan untuk koleksi unik Berluti dengn Mattel ini. Ada baju-T yang ditambah logo Berluti dengan logo Ken serta clutch Nino yang popular dikalangan peminat jenama ini. Clucth itu dihasilkan menggunakan material kulit Venezia bersama simbahan rona biru menghidupkan cita kehidupan Ken di California.
“Dalam waktu yang sulit sekarang, adalah cukup bertuah dan indah apabila menghasilkan sesuatu yang fantasi bersama kisah unik ini. Ultimately, it all goes back to the idea of dreaming,” Kris Van Assche
BACA LANJUT: COACH FOREVER, RAIKAN ANTARA YANG LAMA DAN BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RYAN GOSLING SERTAI KELUARGA BARBIE SEBAGAI KEN
Tiga tahun menghilang dari layar perak, Ryan Gosling mengubati kerinduan peminat dengan penglibatannya dalam filem terbaharu, Barbie.
DIOR DAN SACAI, GABUNGAN DUA LEGASI BERSAMA
Streetwear DNA Sacai dan estetik mewah Dior diramu dalam satu koleksi kapsul!
SIMONE ROCHA X H&M, PERKHABARAN BAIK BUAT LELAKI
It's exciting! Simone Rocha x H&M bakal berlabuh 11 Mac yang turut dilengkapi koleksi lelaki. Ia turut meraikan sedekad cemerlang Simone Rocha dalam fesyen.
HADIAH JAM TANGAN BUAT DIRI SENDIRI
Kenali lima jam tangan ini sebagai tanda sukses pada tahun 2020
BERLUTI LANCAR AKSESORI SIGNATURE
Musim Luruh 2020 dipertegapkan lagi dengan himpunan aksesori Berluti. Kefungsian diutamakan, selain itu aspek fesyen turut difokuskan demi memenuhi kehendak kelompok fesyen yang tak terduga.