MANDIAN ORGANIK PILIHAN GLAM LELAKI
Bayangkan diri anda sedang berjemur di pantai Bondi sambil menikmati pemandangan indah! Jenama penjagaan badan dan rumah, Bondi Wash dari Australia kini di Malaysia.

Bondi Wash adalah jenama penjagaan badan dan rumah semula jadi Australia sendiri. Menggabungkan bahan botani Australia dengan bahan semula jadi untuk menghasilkan produk yang lembut, berkesan dan wangi yang indah. Setiap produk Bondi Wash berasaskan bahan aktif botani Australia. Baunya pula membawa keseronokan deria semula jadi semasa anda menjalani kehidupan seharian.

Semua produknya adalah 99%-100% semula jadi dengan satu-satunya bahan sintetik ialah kuantiti kecil pengawet gred makanan yang digunakan dalam sesetengah produk untuk memastikan ia stabil. Produk tidak toksik, boleh terurai secara biologi dan mengandungi bahan yang diperoleh daripada pembekal terbaik Australia.
Setiap produk Bondi Wash berasaskan bahan aktif botani Australia

Minyak asli dari Australia ini mempunyai wangian yang menarik yakni bukan kayu putih standard. Ramuan yang digabungkan dengan minyak lain menghasilkan bau yang membangkitkan semangat penuh keseronokan. Minyak asli ini mempunyai ciri-ciri anti-mikrob, anti-kulat dan disinfeksi yang kuat dan semuanya telah diuji secara bebas untuk sifat anti-bakterianya. Produk ini bukan sahaja berfungsi dengan baik secara semula jadi, malah ia juga tahan lebih lama. Harganya sangat berpatutan dan anda boleh beli dekat Organic Lab oleh Metrojaya di Lalaport Bukit Bintang.
Artikel berkaitan RUTIN MANDIAN SEBELUM TIDUR MEMBAHAYAKAN?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











