Skip to content

RUTIN MANDIAN SEBELUM TIDUR MEMBAHAYAKAN?

Kongsikan artikel ini

Benarkah rutin mandian sebelum tidur membahayakan? Apa benar dakwaan ini? Tidak sebenarnya. Menurut kajian terbaru yang dilaksanakan oleh Center For Sleep Medicine di New York baru baru ini seperti yang dinyatakan dalam Time.com, mandi sebelum tidur dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan lebih rileks. Bagaimana?

(Photo credit: askmen.com)

Dr. Dianna Augelli selaku peneliti kepada ujikaji ini mendapati, proses mandian adalah satu aktiviti mendinginkan tubuh yang kemudiannya boleh merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan dan membuat anda mudah untuk tertidur.

Namun, bilakah waktu yang sesuai untuk mandi sebelum tidur? Jelas Dianna, anda perlu berikan tempoh dalam 90 minit sebelum waktu untuk anda tidur untuk mandi. Mandi pada waktu tersebut, menurutnya, dapat memberikan isyarat pada tubuh bahawa anda telah siap untuk berehat. Jelasnya lagi, seiring dengan perjalanan waktu anda mengalami proses pendinginan yang bakal mendatangkan rasa ngantuk luar biasa, di dalam tahap ini anda akan mulai tertidur dengan nyenyak dan bangun dengan keadaan yang lebih segar pada keesokan harinya

Sumber: http://time.com/4665489/hot-shower-before-bed/

Oleh: Wan Mohd Firdaus, 1 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut
5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut