MANESKIN (BEGGIN) TAMPIL BERIAS DENGAN GUCCI BEAUTY
Namakan sepuluh lagu paling popular di dunia sekarang, saya percaya pasti akan tersangkut satu lagu daripada kumpulan Maneskin, Beggin. Lagu ini antara yang sedang mendominasi carta dan mencetus fenomena tersendiri termasuklah di aplikasi TikTok.

Thomas Raggi
Populariti kumpulan ini telah mencetus idea buat Alessandro Michele, pengarah kreatif Gucci untuk menampilkan kumpulan yang dianggotai oleh Damiano David, Victoria De Angelis, Thomas Raggi dan Ethan Torchio ini menjadi sebahagian wajah utama untuk kempen terbaru Gucci, Aria.
Kempen terkini rumah fesyen Itali itu masih kental mengekalkan identiti Gucci hari ini yang agak berbeza dari stail tipikal juga konservatif, dan ini dilihat seiring dengan imej kumpulan ini sendiri.

Ethan Torchio
Selain ilham helaian Alesandro yang menangkap mata, saya tertarik melihat gaya solekan keempat-empat hali kumpulan ini. Fokusnya pada mata, tampil hitam pekat bercelak. Untuk kanvas wajah, wajah mereka disapu rata dengan Fluide De Beauté Fini Nature iaitu bedak asas Gucci Beauty yang ditampilkan dengan kemasan semula jadi. Menjadikan solekan ini lebih semula jadi, kulit dilapisi dengan Poudre De Beauté Mat Naturel, iaitu bedak yang bertindak membuat kemasan bedak asas tadi tampil pusam, tidak berminyak-minyak selain mengunci solekan untuk tahan lebih lama.

Damiano David
Untuk membingkaikan wajah, kening semestinya harus dibentuk kemas dan rapi. Jurusolek di set penggambaran ini menggunakan Stylo À Sourcils Waterproof, pensel kening versatil yang boleh dibega-bega kepekatan warnanya. Seperti saya katakan tadi, solekan ini menumpukan apda gaya mata galak dan gelap, itu semua adalah hasil gabungan Rouge à Lèvres Satin in 700 Crystal Black t dan pensel mata Stylo Contour des Yeux kalis air. Turut digunakan ialah L’Obscur Mascara.
#GucciBeauty #GucciAria
Baca: Paco Rabanne Phantom, Haruman Pertama Menggunakan NFC Chip
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK
Kepala botak seringkali menjadi masalah kepada lelaki apabila usia semakin meningkat. Ketahui tanda-tanda rambut semakin menipis dan cara elakkannya.
BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?
Perlu atau tidak seorang lelaki mencukur bulu di bahagian bawah lengan? Ya, kami merungkai mitos ini.
MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU
Kini, ramai semakin peka dengan penjagaan kulit termasuk penggunaan skrub muka. Ini antara manfaat exfoliation yang anda perlu tahu.
5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI
Anda memiliki kulit jenis kombinasi? Ayuh cuba pencuci muka lelaki terbaik pilihan kami di sini.
6 PEMBUNUH SPERMA: BENAR ATAU MITOS?
Ini tabiat yang dikatakan boleh mempengaruhi kualiti dan kiraan sperma serta kebenaran di sebaliknya.