Skip to content

PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON'S

PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON’S

Kongsikan artikel ini

Penhaligon’s Raikan Ulang Tahun ke-155 dengan pameran haruman eksklusif di Kuala Lumpur dan pengalaman imersif buat pencinta wangian. 

Sebuah pengalaman arkib imersif yang membawakan warisan British, penceritaan melalui haruman, dan keanggunan abadi ke Malaysia buat julung kalinya hadir bersama Penhaligon’s. Sempena meraikan 155 tahun seni olahan haruman, rumah minyak wangi terkemuka dari Britain, Penhaligon’s mempersembahkan sebuah pameran imersif yang penuh keindahan di Silverfox, Kuala Lumpur, dari 15 hingga 17 Ogos. Penhaligon’s bukan sekadar sebuah rumah minyak wangi. Ia adalah kisah abadi, hasil tangan seni, dan kurator keunikan British. Menerusi pameran ini, para tetamu akan menyelami bagaimana jenama ini menghubungkan tradisi dan kreativiti. Daripada ritual dandanan abad ke-19 hingga ke karya haruman kontemporari. Semua dalam sebuah ruang yang dicipta khas untuk penemuan dan keindahan.

Jenama ini asalnya diasaskan pada tahun 1870 oleh William Henry Penhaligon, seorang tukang gunting rambut dari Cornwall. Jenama ini bermula sebagai kedai gunting rambut sederhana di Jermyn Street, London, bersebelahan dengan rumah mandi Turki. Terinspirasi daripada aroma eksotik yang memenuhi udara, Penhaligon mencipta wangian pertamanya, Hammam Bouquet, pada tahun 1872. Haruman ini masih tersedia hingga ke hari ini. Sejak itu, Penhaligon’s telah menerima empat Surat Diraja, bermula dengan Ratu Alexandra pada tahun 1903. Diikuti oleh Duke of Edinburgh pada 1956, Putera Wales (kini Raja Charles III), dan yang terbaru semasa pertabalan baginda. Kini, jenama ini terus mengangkat legasi mereka melalui koleksi ikonik seperti Trade Routes, British Tales, Portraits Collection, dan rangkaian terbaharu, Potions & Remedies.

penhaligon's

Pameran Ulang Tahun Istimewa Penhaligon’s

Sebagai sebahagian daripada pameran, Penhaligon’s turut mempersembahkan lima khazanah arkib berharga. Silver Candle Container, Botol Haruman Perak Kecil dengan Penyembur Merah Jambu, Botol Haruman Perak Kecil dengan Penyembur Kuning, Pemegang Lilin Perak Kecil, dan Plat Berjenama Penhaligon’s Berlapis Perak. Mereka menawarkan sekilas pandang yang jarang ditemui ke dalam sejarah jenama ini. Pameran di Kuala Lumpur ini direka dalam bentuk perjalanan sensori gaya muzium, dengan paparan arkib, penceritaan visual, serta stesen interaktif yang menghidupkan kembali sejarah Penhaligon’s. Para pengunjung akan menyaksikan bagaimana jenama yang lahir daripada semangat inovasi era Victoria ini terus mendefinisikan wangian mewah moden. Ini semua dengan karakter, pesona, dan kehalusan seni.

Pameran ini juga mencerminkan komitmen Penhaligon’s terhadap kreativiti. Bukan sahaja menghargai warisan lampau, jenama ini turut menyokong seni dan kraf generasi baharu, meraikan inovasi tanpa melupakan akar tradisi. Perluasan koleksi ke dalam rangkaian mandian, penjagaan tubuh, dan lilin membuktikan misinya untuk mengubah rutin seharian menjadi pengalaman istimewa. Bagi penggemar wangian di Malaysia yang semakin tertarik kepada kemewahan berasaskan pengalaman, penceritaan jenama, dan penerokaan multi-sensori, pameran ini merupakan peluang istimewa untuk berhubung dengan salah satu rumah minyak wangi paling ikonik di dunia. GLAM Lelaki turut sempat menikmati pameran penuh bersejarah ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Pautan berkaitan: 8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH

Bacaan Lanjut
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

Bacaan Lanjut

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI

Bacaan Lanjut