Skip to content

Penjagaan Rambut Penuh Rapi

Kongsikan artikel ini

Penjagaan rambut dengan kesegaran sitrus yang mementingkan belaian ekstra sehingga ke akar yang lebih mendalam. GL meneroka pilihan lebih lanjut dalam mengemas kini produk rambut buat lelaki. Aesop is essential, Aesop is a lifestyle!

Terkenal dengan estetika yang minimalis dan moden, Aesop adalah salah satu jenama penjagaan kulit dengan kemampuan untuk membawa sentuhan mewah ke mana-mana kaunter bilik mandi atau meja solek anda. Jenama kegemaran Australia ini telah berkembang sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 1987 dan hari ini penjenamaannya ada di mana-mana seluruh dunia. Secara ringkasnya, jika anda adalah penggemar estetika yang lebih minimalis atau pengguna setia Aesop, mungkin anda mahu sapu kad kredit tanpa berfikir dua kali.

Bukan hanya sekadar pembungkusan dan estetika menarik semata-mata, malah pengguna lebih bijak akan memilih penggunaan kualiti bahan, di mana ia sesuatu yang dibanggakan oleh Aesop sejak hari pertama. Setiap produk mensasarkan masalah penjagaan kulit (sama ada pelindung sinar matahari, kulit kering atau jerawat), menjadikannya mudah untuk menentukan produk yang tepat untuk kulit anda. Sebagai bonus tambahan, setiap produk mempunyai aroma tersendiri, istimewa buat buat wajah, tangan, badan, mahupun rambut.

Walaupun penggunaan wangian dalam penjagaan kulit menjadi satu topik hangat dalam industri kecantikan, kerana banyak penyokong penjagaan kulit tegas menentang penggunaan minyak pati atau komponen wangi. Malah, beberapa bukti menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kerengsaan di kalangan pengguna. Tetapi sesetengah pihak yang lain berpendapat bahawa ia memberi manfaat sebagai aromaterapi dan mengubah rutin penjagaan kulit menjadi satu pengalaman yang luar biasa dan lebih menenangkan. Walaubagaimanapun, tidak kira mana satu pendapat anda, produk Aesop terbukti berkesan. Sama ada ciri-ciri fleksibel pada bungkusan produk atau keberkesanan yang ada dalam setiap botol, pilihan produk Aesop telah membuktikan bahawa mereka sangat digemari ramai. Dari pelembap wajah dengan SPF hingga losyen tangannya.

Anda boleh dapatkan koleksi  The Sculpt Hair Polish, Tame Hair Serum dan Cedar & Citrus Lip Salve di Lazada atau di butik utama Aesop. Servis ” Call and Deliver” turut diperkenalkan untuk memudahkan anda membeli-belah secara dalam talian.

Artikel berkaitan SANATIZER, PENCUCI DAN KRIM TANGAN KEPERLUAN ASAS MASA KINI

 

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

Bacaan Lanjut
Punca

PUNCA SEBENAR RAMBUT CEPAT BERUBAN: FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI

Bacaan Lanjut

5 MINYAK WANGI TERKINI PILIHAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut