Skip to content

PENYELESAIAN MUDAH KEPADA LIMA MASALAH KULIT LELAKI

PENYELESAIAN MUDAH KEPADA LIMA MASALAH KULIT LELAKI

Kongsikan artikel ini

Sama seperti wanita, lelaki tidak terlepas daripada menghadapi masalah kulit wajah.

Yang pasti, masalah kulit yang dialami tidak sama. Setiap hari kita akan mengalami isu berbeza-beza seperti kusam, berjerawat mahupun mata sembap. Namun jangan risau kerana ada panduan ringkas untuk mengatasi setiap masalah kulit yang dihadapi kaum lelaki.

Cuba tip ini sebagai solusi kepada masalah kulit anda

 

1. KEKUSAMAN

Kebiasaannya: Lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ia akan menghasilkan kulit yang cerah berseri. Malah dengan penggunaan berus wajah, ia mampu menggandakan hasilnya!

Tip perlu cuba: Ketika duduk, tundukkan kepala anda pada paras lutut dalam satu minit. Apabila kepala berada lebih rendah daripada jantung, graviti akan menarik dan melancarkan pengaliran darah pada wajah. Dengan itu, kulit akan menjadi lebih segar dan tampak segar semula jadi.

 

2. KEDUTAN

PENYELESAIAN MUDAH KEPADA LIMA MASALAH KULIT LELAKI

Foto: X

Kebiasaannya: Penggunaan pelindung matahari seperti SPF dapat mengelakkan kulit berkedut. Namun dengan lapisan serum antioksida dan Vitamin C, ia dapat memberikan perlindungan ekstra pada kulit serta merawat kedutan.

Tip perlu cuba: Ambil 500-miligram Vitamin C setiap hari, ini kerana badan memerlukannya untuk menghasilkan kolagen. Anda boleh mengambil Vitamin C secara oral ataupun disapu pada kulit.

 

3. KEMERAHAN

Kebiasaannya: Masalah kemerahan sering dialami lelaki yang memiliki kulit sensitif. Penyelesaiannya, pilih produk dengan label ‘calming’, ‘soothing’ dan ‘anti-redness’ untuk memberi magis pada kulit.

Tip perlu cuba: Rendam tuala bersih dalam minuman susu berais, kemudian sapukan pada wajah yang kemerahan. Kandungan protein dan efek dingin dapat meredakan kemerahan. Selain itu anda juga boleh cuba oleskan isi kapsul minyak evening primrose untuk meredakan kerengsaan kulit.

 

4. JERAWAT

Foto: Freepik

Kebiasaannya: Oleskan krim akne dengan kandungan 5 peratus asid salisilik atau 2.5 peratus benzoyl peroxide. Dengan cara ini ia dapat meredakan jerawat dalam masa sekurang-kurangnya satu minggu.

Tip perlu cuba: Pasti ada antara anda sedia maklum bahawa eye drop dapat membantu menghilangkan kemerahan mata, samalah juga jika disapukan pada jerawat. Namun ia tidak berkesan untuk mengeringkan jerawat.

 

5. SEMBAP MATA

Kebiasaannya: Redakan sembap di bawah mata dengan pelembap yang mampu mengurangkan rengsa seperti serum bebuli.

Tip perlu cuba: Tidur dengan dua bantal sebagai alas kepala. Melalui cara ini ia dapat mengawal cecair agar mengalir terus ke bahagian bawah mata. Lantas kelembapan dapat kekal di bawah mata dan menghasilkan mata yang segar keesokan hari.

 

Foto: Pressfoto/Freepik

Pautan berkaitan: 8 TIP RUTIN PENJAGAAN KULIT KOREA BUAT LELAKI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RAHSIA AWET MUDA PHARRELL WILLIAMS PADA USIA 51 TAHUN

RAHSIA AWET MUDA PHARRELL WILLIAMS PADA USIA 51 TAHUN

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut