POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.
Acara eksklusif ini mempersembahkan dunia glamor ala Hollywood, memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyelami pengalaman belakang tabir yang diinspirasikan oleh dunia perfileman dan bintang-bintang layar perak. Pop-up ini telah berlangsung sejak 29 September hingga 12 Oktober 2025 di Center Court Pavilion, Kuala Lumpur.Majlis pelancaran rasmi diserikan oleh kehadiran selebriti dan personaliti terkenal termasuk Hun Haqeem, duta Haruman Armani Beauty Malaysia. Scha Alyahya, ALVN, Jack Gohr, dan Zhen Ning turut hadir. Barisan kepimpinan utama jenama seperti Sonia Lassoued (Pengurus Besar Armani Beauty MY SG), Tomas Hruska (Pengarah Urusan L’Oréal MY SG), Lovell Ho (Pengarah Kanan Pavilion), dan Ricardo Schmidt Diaz (Pengurus Besar L’Oréal Luxe MY SG).
‘Armani In The Spotlight’
Pop-up ini membawa pengunjung melalui pengalaman pelbagai deria dengan beberapa ruang interaktif yang menarik untuk diterokai. Antaranya ialah:
Make-Up & Fragrance Discovery
Rasai keanggunan terkini Armani Beauty seperti Luminous Silk Prima Glow Cushion yang memberikan kemasan berseri dan licin. Serta Sì Passione Red Musk, haruman baharu yang memadukan kehangatan musk dengan pesona buah merah. Antara produk hero lain termasuk Power Fabric Pro dan Prisma Glass Icy Plumper.
In The Spotlight Café
Dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari, setiap pembelian melayakkan pelanggan menikmati minuman percuma. Ia terhad kepada 80 hidangan sehari. Sesi ini merupakan satu sentuhan elegan yang melengkapkan pengalaman eksklusif Armani.
In The Spotlight Studio
Abadikan momen glamor anda dalam bentuk cetakan mahupun digital, direka khas bagi menangkap aura sebenar “di bawah Spotlight”.
The Secret Code
Bagi mereka yang berani berbisikkan kod rahsia, hanya 50 penebusan eksklusif sehari menanti dengan kejutan istimewa dan ganjaran terpilih.
Discovery Kits Redemption
Lengkapkan kesemua stesen interaktif dan tebus discovery kit eksklusif, simbol kepada gaya dan keanggunan abadi Armani Beauty.
Dari haruman yang menggoda hingga sentuhan mekap bertekstur sutera, Armani In The Spotlight bukan sekadar pop-up. Ini merupakan ia satu penghormatan kepada keanggunan klasik dan pesona bintang moden.
Pautan berkaitan: DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?
Untuk GL The Man Awards 2025, penerima Style's Choice bakal dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki melalui undian, kenali 10 nominee ini!
LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Hun Haqeem pernah bergandingan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam drama lakonananya. Imbas semula lima pelakon wanita yang pernah berlakon bersama Hun Haqeem.
EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE
Di tengah keindahan kota Bangkok yang penuh warna dan dinamik, GLAM Lelaki ‘terbangkan’ Hun Haqeem untuk sesi penggambaran muka depan eksklusif ini.
STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI
Gaya Hun Haqeem sering tampil penuh stail bukan sahaja di acara penting, malah ketika percutian menjadikan gayanya boleh diikuti.
6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Berikut 6 drama lakonan Hun Haqeem yang cemerlang.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.