POTONGAN RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL SEGAK
Penampilan bergaya tidak hanya terletak pada pakaian berjenama atau kasut mewah, gaya rambut yang tepat turut memainkan peranan penting dalam menyerlahkan personaliti seorang lelaki moden. Sama ada anda ke pejabat, keluar bersama rakan, atau sekadar tampil kemas di media sosial, potongan rambut lelaki yang sesuai mampu mengubah keseluruhan aura anda.
GLAM Lelaki himpunkan beberapa potongan rambut lelaki terkini yang trending untuk tahun ini. Pilih mengikut bentuk wajah, jenis rambut dan gaya hidup anda. Yang penting, tampil segar, kemas dan penuh keyakinan tanpa perlu berlebihan.
#1 Potongan Pendek Klasik
Potongan pendek tetap menjadi pilihan utama ramai lelaki. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan mudah diselenggara. Side part atau crew cut antara gaya yang ringkas tapi tetap kemas.
Potongan ini menyerlahkan bentuk muka dan sesuai digayakan dengan apa jua jenis stail atau gaya. Tambah sedikit pomade atau matte clay untuk kesan kemas dan tidak berminyak. Gaya ini juga praktikal untuk cuaca panas dan sesi ziarah yang padat.
Bagi yang berambut tebal, pastikan potongan tidak terlalu rata agar kelihatan lebih moden. Beri sedikit tekstur di bahagian atas agar gaya nampak segar.
#2 Potongan Rambut Lelaki Gaya Slick & Sharp
Jika anda ingin tampil lebih ‘stylo’, gaya slick back atau taper fade boleh jadi pilihan. Gaya ini sesuai untuk mereka yang mahukan penampilan lebih sofistikated.
Potongan taper fade memberikan kesan segar di sisi dan belakang kepala. Ia kelihatan kemas dari semua sudut. Bahagian atas boleh disikat ke belakang atau ke sisi mengikut citarasa.
Gunakan gel atau wax yang memberikan kekemasan tahan lama. Jangan lupa, gaya ini lebih menyerlah jika wajah bersih tanpa jambang tidak terurus.
#3 Potongan Rambut Lelaki Gaya Kasual Tapi Tersusun
Bagi yang lebih selesa dengan gaya ringkas, potongan textured crop atau natural waves cukup ideal. Ia memberikan rupa bersahaja tetapi tetap bergaya.
Gaya ini sesuai untuk lelaki yang aktif, mudah berpeluh atau tidak suka gayaan terlalu berstruktur. Ia hanya perlukan sedikit produk penggaya untuk kekalkan bentuk sepanjang hari.
Gaya ini juga sesuai untuk rambut jenis ikal atau sedikit kerinting. Ia menyerlahkan tekstur semula jadi tanpa kelihatan bersepah.
Tampil Kemas Setiap Hari
Tidak kira gaya mana yang anda pilih, pastikan ia mencerminkan personaliti dan gaya hidup anda. Potongan rambut yang tepat bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah meningkatkan keyakinan diri. Dengan gaya yang sesuai, anda akan sentiasa tampil kemas, bergaya, dan bersedia untuk dirakam dalam setiap momen sama ada di depan kamera atau di khalayak ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: PRODUK GROOMING LELAKI JENAMA LOKAL TERBAIK PATUT CUBA TAHUN INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STAIL LELAKI MUSIM PANAS YANG WAJIB DIIKUTI
Stail lelaki musim panas yang wajib dicuba tahun ini! Pilih fabrik ringan, warna ceria dan potongan kemas untuk penampilan segar dan bergaya.
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
10 TIP RAMBUT KEKAL WANGI DALAM 48 JAM
Di sinilah Siri Penjagaan Rambut Premium Adolph hadir sebagai game changer. Rangkaian ini memastikan rambut kekal segar dan wangi sehingga 48 jam.
ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA
Di Malaysia, dua pilihan pakaian tradisional lelaki yang sering menjadi pilihan utama untuk menyambut Hari Raya adalah Baju Melayu dan Kurta.
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI
Sama ada rambut panjang atau pendek, pelakon berbakat dan ikon fesyen, Meerqeen berani untuk eksperimen dengan gaya rambut unik, segar dan menarik.