PRODUK KECANTIKAN PILIHAN GL
Kaum lelaki hari ini begitu mementingkan kecantikan (grooming) diri. Dari bahagian rambut hinggalah ke bahagian kaki, semuanya diambil kira untuk menghasilkan gaya yang lebih kemas dan tampil segak di kala makan malam bersama kekasih. GL menampilkan empat produk terbaik untuk keterampilan anda!

LAURA MERCIER INFUSION DE ROSE NOURISHING LIP BALM. RM 109, 0.3OZ
Dengan cuaca yang kian panas sebegini, bibir saya pun cepat kering. Sedar akan dilema saya, teman pun mengesyorkan pelembap bibir ini. Diibaratkan “bantal gebu” untuk bibir, produk ini melembabkan dan melindungi bibir daripada kesan-kesan alam sekitar. Jika dipakaikan sebelum tidur, ia merapi dan mengembalikan kelembutan. Datangnya pagi, bibir kekal sihat dan licin sebaik sahaja bangun daripada tidur.

SACHAJUAN HAIR REPAIR RM52, 100ML. RM 105, 250ML. RM264, 1000ML
Jikalau sudah menjadi produk favourite di kalangan beauty editors, rugi kalau tidak mencubanya, bukan? Produk rawatan rambut ini adalah hasil Ocean Silk Technology yang menggalakkan pertumbuhan sel pada rambut yang rosak. Juga mengurangkan frizz. Sapu dan urut pada rambut basah, biarkan 10-15 minit sebelum dibilas.

PUREOLOGY NANO WORKS GOLD SYSTEM RM83, SYAMPU 200ML. RM90, PERAPI 200ML.
Sesiapa yang sudah biasa mewarnakan rambut sedar bahawa ia boleh menyebabkan rambut lebih kering dan kasar. Itu gunanya Pureology. Pureology dirumuskan daripada ramuan-ramuan botanika dan adalah 100 peratus vegan. Rahsia produk ialah Golden Marul Oil, yang diekstrak dari kacang Mural di kawasan pendalaman Afrika, dan berkuasa untuk memberi penghidratan, perlindungan dan penyegaran yang optimum.

OUD SATIN MOOD, MAISON FRANCIS KURKDJIAN. RM938.10, 70ML
Biarpun dipakai supaya tampil harum di khalayak umum, kekadang kita memilih wangian sekadar untuk feel good about ourselves. Wangian Oud Satin Mood sebegitu. Dengan esen ros Bulgaria, rose absolute dari Turki dan kayu oud dari Laos, antara ramuan yang termahal dalam dunia olfaktori. Baunya menggambarkan ketenangan hamparan kain yang ditiup angin. Tenang dan damai.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!










