RAKYAT MALAYSIA MOHD SADDAM DINOBATKAN JUARA R U TOUGH ENOUGH? ASIA TENGGARA!
Rakyat Malaysia terbukti paling gagah di Asia Tenggara! KIX HD (Saluran Astro 729), destinasi utama untuk hiburan aksi di Asia, dan Fisherman’s Friend telah menobatkan pegawai tentera, Mohd Saddam bin Mohd Pittli, “Individu Paling Gagah Asia Tenggara” selepas berjaya menundukkan 21 finalis lain dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dalam pertarungan hebat R U Tough Enough? Asia Tenggara. Beliau membawa pulang hadiah utama bernilai US$15,000 (RM62,438) serta pengalaman yang pasti dikenang sepanjang hayat.
Baru-baru ini, pertarungan terakhir R U Tough Enough? Asia Tenggara yang telah berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid, benar-benar menduga dan mencabar keupayaan semua finalis yang bertanding, bukan saja menguji dari segi kekuatan fizikal mereka, tetapi ketahanan mental dan daya tahan emosi.
Saddam yang berumur 27 tahun menyatakan isteri beliau sebagai penyokong utamanya. Katanya: “Saya terlampau teruja sehingga menangis sewaktu mereka mengumumkan nama saya! Walaupun saya telah banyak memenangi maraton dan perlumbaan, tetapi pertandingan ini paling bermakna buat saya! Dengan wang hadiah utama ini, saya merancang untuk membeli peralatan untuk membina ‘bootcamp’ mini saya sendiri bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.”
“Sungguh mengujakan melihat sambutan hangat yang diterima dari keseluruhan rantau ini terhadap R U Tough Enough? Asia Tenggara sejak beberapa bulan lepas sehingga kemuncak aksi pertarungan terakhir. Kebanyakan peserta memiliki kisah peribadi yang cukup memberikan inspirasi; mereka mengatasi pelbagai cabaran hidup sehingga sampai ke tahap ini. Inilah kisah hidup ketabahan sebenar sejajar dengan kandungan yang KIX HD komited untuk berkongsi dengan semua penonton di rantau ini,” jelas kata Betty Tsui, Naib Presiden, Pemprograman KIX HD. “Pertarungan akhir yang berlangsung adalah sangat sukar dan sengit, dan ini adalah bukti betapa gagahnya rakyat Asia Tenggara. Kami sangat berbangga dengan Mohd Saddam kerana beliau menjadi contoh sebenar ‘kegagahan’ fizikal, mental dan emosi, dan kami mengucapkan tahniah kepadanya bagi pencapaian ini. ”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
GROOMING 101: TIPS RAPI BULU HIDUNG
Lelaki bergaya bukan sekadar tahu menyarungkan pakaian berjenama. Adakala “penampilan tidak diundang" - bulu hidung bisa mencalar imej.
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Eksfoliasi adalah wira dalam rejimen penjagaan kulit. Ia membersih, memperbaiki tekstur kulit, membuka liang pori dan menghilangkan kotoran
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!