RAMBUT LELAKI BERUSIA: 5 CARA ELAK GUGUR DAN KEKAL SIHAT
Untuk lelaki 40-an dan ke atas, rambut bukan sekadar gaya, ia lambang keyakinan. Tetapi bagaimana nak pastikan rambut kekal tebal, kuat dan sihat walaupun usia makin meningkat? Kami kongsikan strategi paling berkesan dan gaya hidup sebenar yang wajar diikuti.
Pengambilan nutrien
Pertama, amalkan pemakanan seimbang. Rambut memerlukan nutrien seperti protein, zat besi, zink, dan vitamin A, C, serta E untuk kekal kuat dan sihat. Makanan seperti telur, bayam, kekacang, dan ikan salmon boleh membantu menguatkan akar rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
Oleh itu, pilih makanan yang banyak zat.
Ambil lebih banyak:
- Telur & ikan salmon (protein & biotin)
- Bayam & kekacang (zat besi & zink)
- Buah beri & avokado (antioksidan)

Jacob Elori, antara selebriti lelaki yang memilik rambut yang tebal dan sihat
Syampu yang sesuai
Jaga kebersihan kulit kepala. Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan elakkan bahan kimia yang keras seperti sulfat atau paraben. Cuci rambut secara berkala tetapi tidak berlebihan. Sekitar dua hingga tiga kali seminggu bagi mengelakkan kekeringan kulit kepala.
Gunakan syampu yang mengandungi saw palmetto, kafein, atau ketoconazole. Ia merupakan bahan yang bantu melambatkan kesan hormon DHT (penyebab botak lelaki).
Kurangkan stress
Elakkan tekanan berlebihan (stress). Tekanan boleh menyebabkan keguguran rambut secara mendadak. Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, senaman ringan, atau tidur yang mencukupi untuk menjaga keseimbangan hormon.

Antara stail rambut Timothée Chalamet yang boleh cuba digayakan lelaki
Kurangkan penggunaan alat elektronik rambut
Kurangkan penggunaan alat pemanas seperti pengering rambut dan pelurus rambut. Haba berlebihan boleh merosakkan struktur rambut dan menyebabkan ia mudah putus. Jika perlu digunakan, sapukan serum pelindung haba terlebih dahulu.
Ketahui alat elektronik rambut terkini di sini
Lelaki yang berambut panjang
Elakkan gaya rambut yang terlalu ketat ikatannya seperti ikatan sanggul atau man bun kerana ia boleh menarik akar rambut dan menyumbang kepada keguguran. Adalah lebih baik dapatkan rambut yang pendek yang tidak perlu diikat-ikat. Juga dapat menambah keselesaan rambut.
Masalah rambut gugur sering menghantui lelaki, terutamanya apabila usia meningkat atau disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Menjaga rambut bukan semata-mata soal penampilan, tetapi juga kesihatan diri secara keseluruhan. Mulakan dengan gaya hidup sihat dan rutin penjagaan rambut yang konsisten. Dengan usaha yang berterusan, lelaki boleh mengekalkan rambut yang sihat, tebal dan penuh keyakinan.
Artikel berkaitan: 5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SETIAP LELAKI PERLU TAHU LIMA CARA INI UNTUK ELAK MULUT BERBAU BUSUK
Ketahui lima tips berkesan untuk mengelakkan mulut berbau busuk khas untuk lelaki.
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU
Stronger With You bersama enam individu hebat- Aedy Ashraf, Han Pin, Aniq Suhair, Ikmal Amry, Mierul Aiman dan Nabil Aqil.
WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI
Terdapat bukti menunjukkan bahawa lelaki yang menjalani TRT berisiko lebih tinggi untuk mengalami keguguran rambut.
SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK
Daripada rutin penjagaan kulit kepada mengekalkan rambut anda untuk kekal bersih dan rapi, sememangnya setiap lelaki di luar sana berpendapat bahawa grooming game adalah penting. Tetapi ada satu soalan yang menyebabkan semua orang menggaru kepala, berapa kerap lelaki perlu mencuci rambut mereka?