RESPECT WANGIAN TERBARU DARI DAVID BECKHAM
Lagenda bola sepak, bekan pemain Manchester United serta taikun fesyen ternama David Beckham bakal melancarkan wangian terbaru, yang diberi nama Respect di mana akan mula dijual secara global mulai esok! Diilhamkan dari semangat kesukanan dan gaya hidup aktif, wangian ini bersifat aromatik, multi-dimensi dengan kombinasi segar, pedas, bersih serta ton bumi yang membangkitkan aroma musim luruh.

Sesuai buat mereka yang sporty terutama sekali lelaki yang punya gaya hidup aktif, Respect terdiri dari simbiosis bahan seperti sitrus dan buah-buahan ditambah pula dengan rempah ratus memberikan gabungan klasik dan aromatik tulen. Haruman ini datang dengan 40, 60 and 90 ml Eau de Toilette dengan produk penjagaan badan tambahan.

Saksikan video eksklusif haruman terbaru dari Beckham ini melalui pautan di bawah:
Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.
IKON Y2K SEBENAR, IMBAS GAYA 2000’S DAVID BECKHAM
Gaya David Beckham pada tahun 2000's menjadi satu perbualan yang cukup ikonik dan sinonim dengan makna sebenar gaya Y2K.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.










