REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™
Dalam dunia yang dikuasai oleh adrenalin, dan semangat kesukanan, Rexona Malaysia kini melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi Deodoran FIFA World Cup 2026™. Satu detik bersejarah yang menyatukan dua kuasa besar bola sepak dan gaya hidup aktif.
PENTAS DUNIA
Tiada sukan yang mampu menyatukan rakyat Malaysia seperti bola sepak. Sama ada menonton perlawanan tengah malam bersama rakan-rakan di kedai mamak atau bersorak di stadium, setiap detik menyemarakkan semangat kebersamaan yang unik.
Dengan penajaan ini, Rexona bukan sekadar jenama deodoran. Malah ia menjadi sebahagian daripada budaya bola sepak tempatan yang hidup dengan penuh emosi, tenaga dan keyakinan.

ICE COOL UNTUK DETIK PANAS
Rexona memperkenalkan Rexona Ice Cool Spray Edisi Terhad FIFA World Cup 2026™, menampilkan perlindungan sehingga 72 jam daripada peluh dan bau badan. Sensasi sejuknya memberi kesegaran yang kekal ketika aksi paling mendebarkan. Dengan teknologi anti-noda, pengguna kekal yakin sama ada di padang, di ruang kerja, atau ketika meraikan kemenangan pasukan kegemaran.

HADIAH KE PIALA DUNIA UNTUK PEMINAT SETIA
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, peminat berpeluang memenangi pengalaman eksklusif bernilai RM50,000 untuk dua orang menyaksikan FIFA World Cup 2026™. Caranya hanya perlu membeli mana-mana produk Rexona di kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia. Rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak dunia.
INSPIRASI
Antara jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona terus komited membantu orang ramai bergerak dengan penuh keyakinan. Penajaan ini bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi simbol kepercayaan bahawa gerakan ini mampu mengubah rutin harian masyarakat dari sukan sehingga ke aspek kesejahteraan diri.
Rexona mengingatkan kita bahawa keyakinan bermula dengan pergerakan, dan setiap langkah adalah peluang untuk memberi inspirasi kepada dunia.
FIFA World Cup 2026™ mungkin berlangsung di Amerika Syarikat, tetapi semangatnya kini turut menyala di Malaysia. Dengan kolaborasi ini, Rexona Malaysia membuktikan bahawa keyakinan, pergerakan dan semangat bersatu bukan hanya milik atlet di padang tetapi ia milik semua.
Artikel Berkaitan: 10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA MENGENAI KASUT ADIDAS SAMBA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Tahukah anda adidas Samba merupakan antara kasut sniker terawal yang menampilkan rekaan 3-Stripes yang ikonik pada hari ini?
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI LEO MESSI
Tahukah anda juara Piala Dunia 2022, Leo Messi mempunyai masalah kekurangan hormon tumbesaran yang membantutkan ketinggiannya pada usia 11 tahun?
SALT BAE DIKRITIK KERANA MELANGGAR PERATURAN FIFA
Aksi chef selebriti, Salt Bae di padang Piala Dunia 2022 mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG
Walaupun sudah tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia 2022, pemain kebangsaan Korea Selatan, Cho Gue-sung terus menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia.
DREAMERS BY JUNGKOOK, LAGU PIALA DUNIA PERTAMA UNGGULI CARTA BILLBOARD
Di pentas Stadium Al Bayt, Jungkook menghiburkan penonton dengan lagu Dreamers buat pertama kalinya, yang merupakan runut bunyi bagi Piala Dunia Qatar 2022.
ALASAN CRISTIANO RONALDO MENINGGALKAN MANCHESTER UNITED
Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo telah sah akan meninggalkan kelab Manchester United buat kali kedua dengan “immediate effect”.











