Skip to content

SENTUHAN BIBIR TANPA WARNA PELIK

SENTUHAN BIBIR TANPA WARNA PELIK

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Cuba misi terbaru buat penjagaan kulit bibir dengan pelembap bibir yang penuh khasiat. Nothing is cooler than a cool guy with super cool routines!

Pernahkan anda terfikir atau tertanya-tanya, mengapa wanita perlu meluangkan masa dan menghabiskan wang di Sephora setiap bulan? Baik di kedai mahupun di atas talian, apa yang membuatkan Sephora sangat istimewa di mata wanita? Ini kerana mereka sangat mementingkan penjagaan kecantikan dan mungkin senarai pembelian atau fokus akan bertukar pada setiap kunjungan. Lelaki juga perlu memberi fokus kepada beberapa bahagian dalam sesi dandanan diri. Cuba misi terbaru buat penjagaan bibir menggunakan pelembap bibir atau “lip balm” dan anda mungkin boleh memberi kejutan kepada pasangan anda seperti “…babe, I shop at Sephora too!”

Pelembap bibir bukanlah sekadar penjagaan bibir untuk memastikan bibir tidak pucat, ia juga penting untuk menjaga kulit di bahagian bibir kerana ia lebih tipis berbanding kulit di bahagian lain. Disebabkan oleh kriteria tersebut, kulit di bibir mudah kering dan merekah. Ancaman yang mampu menjejaskan kesihatan kulit di bahagian tersebut adalah seperti sinaran matahari, angin yang panas, udara yang sejuk dan kering, bakteria, luka, dan beberapa lagi sebab lain. Di atas sebab-sebab yang sedemikian, penjagaan bibir penting buat semua individu dan anda tidak mahu kekeringan pada kulit di bibir menjejaskan prestasi ciuman hangat bersama yang tersayang.

Terdapat pelbagai khasiat dengan kandungan bahan-bahan hebat terbungkus lengkap dalam setiap pelembap bibir. Antara bahan-bahan yang selalu digunakan adalah pati minyak yang berkhasiat, seperti bunga matahari, kastor, shea butter, bunga lavender, chamomile, dan banyak lagi. Pelembap bibir yang berkonsentrasi tinggi mampu mencegah kekeringan atau luka untuk tersebar menjadi lebih teruk, sambil mengekalkan kelembapan, melindungi, dan melincinkan kulit bibir.

GLAM LELAKI tidak ketinggalan untuk memberi pendapat tentang pelembap bibir yang sesuai buat lelaki tanpa meninggalkan warna pelik di atas bibir!

1 of 5

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 HADIAH GROOMING PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

Bacaan Lanjut

BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI

Bacaan Lanjut
ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

Bacaan Lanjut

SABUN BAR PEMBERSIH WAJAH PALING BERKESAN!

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU BOLEH DICUBA JIKA TAKUT RAMBUT GUGUR

Bacaan Lanjut

JANGAN GENERALIZE, LELAKI SEBENARNYA CEREWET DALAM MELAWA

Bacaan Lanjut