TARIKH PERKAHWINAN SYAMEL DAN ERNIE ZAKRI TERPAKSA DITUNDA
Setelah enam bulan mengikat tali pertunangan dan merancang majlis perkahwinan, Syamel dan Ernie membuat keputusan untuk menunda hari bahagia mereka.
Kata Syamel, mereka terpaksa akur dengan arahan dan prosedur yang ditetapkan kerajaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan majlis keraian diadakan bagi membendung penularan Covid-19.
Tambahnya, dia terpaksa berbincang semula mengenai segala perancangan yang telah dibuat sebelum ini dan hanya menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.
“Keadaan sekarang ini tidak mengizinkan kami meneruskan perancangan perkahwinan yang telah dibuat. Kita kena tunggu kes Covid ini semakin pulih baru langsungkan.
“Semua telah dirancang dengan rapi tetapi nampaknya kita kena merancang semula agar bersesuaian dengan keadaan sekarang,” ujarnya.

Baru beberapa hari lalu, pasangan duet popular ini memberitahu media bahawa mereka tidak terfikir untuk menunda tarikh perkahwinan. Walaupun mungkin apa yang dirancang sebelum ini tidak dapat dilakukan seratus peratus demi mematuhi prosedur operasi standard yang ketat.
“Persiapan perkahwinan sudah hampir siap. Jadi, tak perlulah kami melengahkan hari bahagia ini. Cuma saya percaya, kita hanya merancang, Tuhan juga menentukannya. Apa sahaja boleh terjadi menjelang detik yang dinantikan. Disebabkan itu, saya tidak boleh memberitahu apa yang dirancang,” kata Ernie.
Jelasnya, jauh di sudut hati dia mengimpikan majlis besar-besaran, tetapi ia bukanlah satu yang dikejar kala berdepan kemelut yang melanda seluruh dunia ini.
“Sekarang pun PKP 2.0 dilanjutkan tempoh. Jadi jika dapat meraikan bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan teman rapat pun dikira memadai. Saya dan Syamel tidak mahu majlis perkahwinan kami pula dianggap penyebaran kluster baharu. Minta simpang perkara buruk,” ujar Ernie.
Ogos tahun lalu, Syamel dan Ernie menamatkan spekulasi hubungan cinta apabila mengikat tali pertunangan dalam satu majlis ringkas.
Acara tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Pautan berkaitan: NICK JONAS MULA BERBICARA MENGENAI CAHAYA MATA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











