TIP KEKAL LANGSING DI HARI RAYA
Hari raya memang terkenal dengan hidangan-hidangan lazat lagi menyelerakan, maka sukar sekali buat anda untuk menolak ‘dugaan’ tersebut bukan? Yang pasti ramai berpendapat, tamatnya bulan Ramadan, bermulalah pesta ‘balas dendam’ memakan juadah makanan yang lazat di Hari Raya. Kemudian, merungut berat badan bertambah selepas raya. Tetapi jangan risau, GL ada beberapa tip yang boleh anda gunakan bagi mengekalkan kelangsingan selepas hari raya.

(Photo credit: @Far8byalteliaamani)
1. RANCANG WAKTU PERMAKANAN
Sistem pencernaan perut telah direhatkan setelah berpuasa selama sebulan. Bayangkan keadaan perut anda yang telah lama berehat dan secara mengejut diberi makanan yang banyak tanpa henti. Cadangan kami, rancang pemakanan anda dengan makan secara berperingkat. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada hari raya pertama. Beri masa untuk perut anda kembali beroperasi secara normal. Boleh?
2. KONSEP 20 MINIT
Anda perlu ingat, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk beraya dengan kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh. Hidangan “seimbang” itu bagaimana pula? Cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat etc), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Lepas tu baru makan manisan “sedikit”. (Sumber: kevinzahri.com)

3. ELAK MAKANAN MANIS
Kami tahu ianya sukar namun jika anda ingin kekal langsing, ini yang perlu anda buat? Makanan mengandungi gula berlebihan sememangnya taboo buat anda yang ingin mengekalkan keadaan tubuh badan. Sebolehnya kurangkan makan kuih raya yang banyak, dan elak dari meminum air yang bergas dan kordial. Banyaka minum air kosong.
4. SUMBER PROTEIN
Anda sememangnya digalakkan untuk mengambil makanan dari sumber protein seperti daging ayam dan ikan. Protein boleh mempertingkat kadar metabolisma tubuh kerana tubuh perlu lebih tenaga untuk mencerna makanan protein berbanding karbohidrat. Makan makanan dari sumber karbohidrat yang sihat seperti seperti sayur-sayuran. Jangan makan terlalu banyak makanan yang berkarbohidrat tinggi.
5. GUNAKAN PINGGAN YANG KECIL
Gunakan pinggan yang kecil ketika mengambil makanan. Ini merupakan cara disiplin yang dikatakan mampu mengawal saiz makanan yang anda ambil. Jika anda menggunakan pinggan yang besar pasti kuantiti makanan yang diambil juga bertambah banyak.
6. SENAMAN RINGKAS JANGAN DILUPAKAN PULA
Perkara ini adalah perkara paling wajib untuk kekal sihat. Curilah masa setidak-ridaknya 15 minit setiap hari untuk anda lakukan senaman ringkas di rumah. Lakukan senaman anda secara berjadual. Selain itu, kekal aktif apabila anda hadir ke rumah-rumah terbuka, seperti menolang tuan rumah menghidangkan air dan sebagainya. Tidak salah bukan?
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Jun 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.










