TIP TERBAIK BUAT JANGGUT LEBIH LEBAT
Adakah anda salah seorang dari lelaki yang ingin kelihatan maskulin dengan berjanggut, namun janggut anda tidak mampu untuk tumbuh dengan lebih lebat seperti yang diharapkan? Yang pasti, memperolehi janggut lebat tidak semudah yang anda bayangkan. Antara faktor utama adalah genetik kerana tidak semua mampu untuk menumbuhkan janggut di wajah mereka.

Walau demikian, ada cara untuk mengalakkan pertumbuhan rambut-rambut di wajah untuk tumbuh lebih baik dari segi volumnya. Namun jangan pula anda berharap anda akan kelihatan seperti Connot McGregor dalam tempoh semalaman. Semua itu masih bergantung pada faktor genetik, namun masih boleh diusahakan.
Oleh itu, antara yang mempengaruhi pertumbuhan janggut adalah nutrisi. Maksudnya apa yang anda makan sebenarnya mampu menpengaruhi pertumbuhan dan kesihatan rambut di wajah anda. Air dan makanan yang kaya vitamin B, vitamin C, zink, zat besi, dan omega 3 memberikan nutrisi yang diperlukan rambut untuk tumbuh.


Selain itu, tekanan juga mampu untuk membantutkan pertumbuhan rambut, bahkan membuatnya mudah gugur. Oleh itu, hindarkan diri dari tekanan yang melampau, dan dapatkan tidur yang mencukupi dan bersenam agar fikiran anda menjadi lebih tenang. Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak janggut atau beard oil yang kini sudah banyak terdapat di pasaran. Pastikan anda konsisten dalam merapikan bahagian janggut di wajah anda. Semoga bermanfaat!
Sumber: lifestyle.kompas.com
Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Jun 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Han Pin terus menginspirasi generasi lelaki moden dengan visi, gaya dan kepimpinan yang luar biasa. Ini baru permulaan padanya.










