5 TIPS KESIHATAN MENINGKATKAN PRESTASI SEKS LELAKI
Temui tips kesihatan untuk meningkatkan prestasi seks dan kepuasan yang lebih mendalam bagi pengalaman seks yang lebih memuaskan.
Untuk mencapai hubungan seks yang lebih memuaskan dan menjadi seks lebih semarak, memelihara kesihatan merupakan faktor yang penting bagi meningkatkan kekuatan luar dan dalam badan serta kesihatan seksual. Dengan mengamalkan rutin yang betul, anda akan memperolehi stamina, daya tahanan, dan keyakinan mendapatkan kepuasan di bilik tidur.
Menurut Ben Greenfield yang merupakan seorang biohacker, pakar pemakanan, ahli fisiologi, jurulatih kecergasan, atlet kompetitif, dan penulis buku terlaris New York Times mengatakan seks yang baik datang daripada rutin yang betul. Seks adalah seperti eliksir yang kuat untuk tubuh dan minda, dan ia bukan sekadar tentang sensasi menyenangkan yang dirasai.
Artikel ini akan membawa anda untuk mengetahui beberapa tips kesihatan yang dapat memperbaiki hubungan intim memberikan anda nikmat dan kepuasan menyeluruh.
PANDUAN KESIHATAN SEKS MEMBERI KESAN TERBAIK
1.SENAMAN KARDIOVASKULAR
Ketika melakukan seks, kadar degupan jantung meningkat. Oleh itu, senaman kardiovaskular yang kerap dilakukan dapat membantu jantung anda berada dalam keadaan optimum, yang seterusnya membantu meningkatkan prestasi seksual. Dengan jantung yang sihat, aliran darah ke organ seksual juga lebih lancar, yang penting untuk mengekalkan ereksi yang kuat dan daya tahan yang tinggi.
2. MENDAPAT TIDUR YANG BERKUALITI
Tidur yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan seksual yang optimum. Kurang tidur boleh menyebabkan penurunan kadar testosteron dan keletihan yang boleh menjejaskan keinginan seksual dan prestasi. Namun, jika terlebih tidur melebihi 10 jam, penghasilan testosteron mula berkurangan.
Pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam tidur setiap malam untuk memastikan tubuh anda dalam keadaan terbaik.
3.MENGAWAL STRESS
Stres boleh memberi kesan kepada semua aspek kesihatan anda, termasuk libido. Ia boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah anda dengan cara yang tidak sihat. Kedua-dua perkara ini boleh menjejaskan keinginan serta prestasi seksual. Tekanan yang berlebihan juga boleh mengganggu kemampuan anda untuk mencapai ereksi atau orgasme.
Selain itu, tabiat buruk seperti pengambilan alkohol atau merokok boleh menjejaskan prestasi seksual anda. Senaman adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan stres dan memperbaiki kesihatan keseluruhan.
4. PENGAMBILAN MAKANAN YANG SEIMBANG
Karbohidrat kompleks, mengambil makanan ini akan memberi tenaga yang sepenuhnya ketika melakukan hubungan intim. Selain itu, pengambilan buah seperti epal, pear dan oren (sebarang jenis sitrus) boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan membantu kesihatan kardiovaskular. Dalam diet anda juga anda boleh mengambil makanan yang mempunyai asid lemak Omega-3 kerana bagus untuk meningkatkan pengaliran darah.
5.PASTIKAN ANDA CUKUP TERHIDRASI
Berlakunya dehidrasi ringan boleh meningkatkan tahap kortisol dan menjejaskan pengeluaran testosteron. Semakin teruk dehidrasi anda, semakin tinggi tahap kortisol dan adrenalin, menyebabkan lagi tinggi penurunan testosteron . Jika anda banyak berpeluh atau melakukan senaman berat, minum air atau makan makanan yang tinggi kandungan air seperti timun, saderi, tomato, dan tembikai menjadi lebih penting untuk mengekalkan tahap testosteron.
Pautan Ini Berkaitan: 5 MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN GHAIRAH SEKS LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN GHAIRAH SEKS LELAKI
Ramai lelaki tidak menyedari makanan memberi pengaruh besar terhadap nafsu seks dan prestasi di ranjang.
5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT
Lebih 70% golongan dewasa mengabaikan penjagaan kaki yang akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan apabila usia semakin meningkat nanti.