3 TIPS PENJAGAAN KULIT SEMASA CUACA PANAS
Cuaca panas boleh menjadi cabaran besar terutama bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Kulit mudah berpeluh dan kelihatan lebih berminyak, menyebabkan rasa tidak selesa dan kurang keyakinan. Namun, jangan risau. Ada beberapa cara mudah yang boleh membantu anda mengawal minyak berlebihan dan menjaga kulit sentiasa segar walaupun di bawah cuaca yang panas terik. GLAM Lelaki berkongsi 3 tips penjagaan kulit yang anda boleh lakukan untuk lindungi kulit di musim panas ini:
Tips Penjagaan Kulit Bagi Kaum Lelaki
1. Pilih Pembersih Muka Yang Sesuai
Langkah pertama untuk mengawal kulit berminyak adalah menggunakan pembersih muka yang betul. Cari pembersih yang lembut tetapi efektif untuk menyingkirkan minyak berlebihan tanpa membuat kulit kering. Elakkan menggunakan sabun kasar yang boleh merosakkan lapisan pelindung kulit dan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari, pagi dan malam, untuk memastikan kulit bersih dan segar sebelum mulakan hari anda dan sebelum tidur.
2. Gunakan Pelembap Ringan
Rata-rata lelaki menganggap pelembap hanya untuk kulit kering, tetapi kulit berminyak juga memerlukan pelembap. Pilih pelembap jenis ringan, tidak berminyak (oil-free) dan cepat meresap ke dalam kulit. Ini membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit tanpa membuatnya lebih berminyak. Jangan skip pelembap walaupun cuaca panas kerana ia penting untuk keseimbangan kulit.
3. Lindungi Kulit Dari Sinaran Matahari
Sinaran UV boleh merangsang kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi, memakai pelindung Matahari (sunblock) yang sesuai untuk kulit berminyak sangat penting. Pilih produk yang tidak melekit, bebas minyak dan mempunyai SPF sekurang-kurangnya 30. Sapukan pelindung Matahari setiap kali anda keluar rumah untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar Matahari dan mengurangkan risiko kulit berminyak berlebihan. Langkah ini juga boleh bantu mengelakkan kita dari penyakit kanser kulit. Jadi pastikan memakai pelindung Matahari (sunblock) adalah rutin wajib anda.
Tips Penjagaan Kulit Yang Patut Diamalkan Lelaki Moden
Menghadapi cuaca panas dengan kulit berminyak memang mencabar, tetapi dengan penjagaan yang betul, anda boleh kekal yakin dan segar. Mulakan dengan rutin pembersihan yang sesuai, gunakan pelembap ringan dan jangan lupa lindungi kulit dari sinaran Matahari. Dengan langkah mudah ini, kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan terkawal sepanjang hari. Jangan biarkan cuaca panas mengganggu penampilan dan keyakinan anda!
ARTIKEL BERKAITAN: 8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS
COS, jenama fesyen kontemporari dari London, kini meluaskan sayap ke dunia wangi dengan mempersembahkan COS Perfumery, debut rangkaian Eau de Parfum dan lilin aroma khas.
5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI
Ketahui lima cara mudah dan berkesan untuk lelaki menghilangkan kulit kusam dan mendapatkan kulit yang lebih segar serta sihat.
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
6 PEMBERSIH WAJAH UNTUK KULIT LELAKI TAMPIL SIHAT
Menggunakan pembersih wajah untuk kulit lelaki yang tepat dan mengandungi formula bersesuaian sangat penting dalam rutin penjagaan kulit.
MILIKI KULIT MULUS BAK ARTIS LELAKI KOREA DENGAN TIP PENJAGAAN INI
Anda juga mampu memiliki kulit bersih, licin dan berseri bak artis Korea jika mengamalkan rutin penjagaan ini.