Skip to content

TOM FORD BEAUTY PERKENALKAN TOM FORD SOLEIL MUSIM PANAS

Kongsikan artikel ini

“Kehangatan amber dan campuran flora menyerlahkan keaslian haruman ini Soleil Brulant membuat anda ketagih, inilah versi Soleil paling menonjol,” kongsi Tom Ford singkat tentang haruman terbaru Tom Ford Beauty ini. 

Diinspirasikan daripada kehidupan privasi musim panas, berjemur di bawah terik mentari di persisiran pantai, Tom Ford Soleil Summer 2021 edisi terhad ini memercikkan pengalaman solar keemasan yang penuh inovatif. 

Haruman ini mengetengahkan amber sebagai material utama dan dikahwinkan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan untuk menambah hangat akan baunya. Antara kuntuman bunga yang disunting untuk diabadikan dalam haruman ini ialah bunga melati, tuberose dan bunga oren. Demi menyuntik elemen maskulin, Haruman ini juga diperindahkan dengan campuran kopi Arabica, tonka bean, vetiver, kulit dan juga madu hitam berserta elemen kayu-kayan. 

tom ford beauty

Apa yang membuatkan kempen haruman ini lebih menarik, Tom Ford telah memilih aktor kelahiran Korea Selatan, Hyu Bin sebagai Tom Ford Fragrance Attache pertama di Asia Pasifik. Aktor yang mencetus fenomena sejak muncul menerusi siri ‘Snow Queen’ itu cukup teruja dengan pemilihan ini. Sebagai salah seorang peminat haruman Tom Ford sejak sekian lama, pemilihan ini adalah satu penghargaan dan cukup istimewa, saya teruja untuk terus bekerjasama dengan mereka,” jelasnya yang direncana muncul menerusi filem terbaru, ‘Bargaining’ pada tahun ini. 

Hyu Bin yang yang berusia 38 tahun ini memulakan karier lakonannya sejak tahun 2003 pernah menerima anugerah Pelakon Paling Popular menerusi filem Millionaire’s First Love di malam Korean Baeksang Art Awards. Pada tahun yang sama juga Hyu Bin menerima trofi pelakon lelaki terbaik menerusi siri Snow Queen di majlis KBS Drama Award. Siri ‘Crash Landing on You’ yang dibintanginya pula mencetus fenomena dan mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai drama kedua mencatat rating tertinggi dalam sejarah televisyen Korea.

Tom Ford Private Blend Soleil Brûlant kini di butik Tom Ford Beauty Suria KLCC juga Pavilion, dan miliknya pada harga RM290 (10ml), RM 1480 (50ml) dan RM 3770 (100ml). 

Artikel Berkaitan: BELAIAN HEAD-TO-TOE JACK BLACK

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut

15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023

Bacaan Lanjut
Island Lush Goldfield & Banks

GOLDFIELD & BANKS, WANGIAN UNTUK LELAKI EKSKLUSIF DARI AUSTRALIA

Bacaan Lanjut
Velvet Tonka by BDK Parfums

WANGIAN INI MENANG ANUGERAH BERPRESTIJ FRAGRANCE FOUNDATION AWARDS DI PERANCIS

Bacaan Lanjut