TREND DERMAROLLER UNTUK LELAKI LEBATKAN JAMBANG
Peranti kecil Dermaroller menjadi pilihan lelaki Alpha masa kini. Walaupun kecil tetapi berbisa.
Dermaroller juga dikenali sebagai microneedling adalah prosedur kecantikan yang melibatkan peranti kecil terdiri daripada jarum mikro. Peranti ini digunakan sebagai rutin penjagaan wajah atau kulit kepala.
Kehadiran jarum mikro ini digunakan untuk menghilangkan parut jerawat, menghilangkan kedutan, mencegah keguguran rambut, mengurangkan stretch mark dan kulit kendur. Banyak lagi kegunaan Dermaroller ini yang menjadi tular di media sosial.
Ia direka dalam bentuk jarum mikro dan mempunyai bentuk penggelek sebagai pemegang. Peranti kecil ini juga membantu mengatasi pelbagai masalah kulit dengan cara merangsang pengeluaran kolagen. Panjang jarum adalah berbeza-beza, namun yang sering dipilih berukuran antara 0.25 mm hingga 1.5 mm.
DERMAROLLER PADA JANGGUT
Penggunaannya disyorkan untuk lelaki yang selalu mempunyai janggut yang jarang. Benar-benar digunakan untuk merangsang pertumbuhan. Dengan penggunaannya yang dapat mengelupas kulit dengan lembut dan membuang sel mati yang berlebihan. Mengaktifkan aliran darah dan pengoksigenan folikel rambut, sekali gus mewujudkan peningkatan kolagen. Ia juga akan membantu mana-mana produk atau losyen yang digunakan untuk mengaktifkan janggut menjadi lebih mudah diserap.

CARA-CARA PENGGUNAAN DERMAROLLER
- Sebelum setiap penggunaan, sterilkan jarum dalam cecair alkohol yang mempunyai 70% isopropyl selama 5 hingga 10 minit
- Bersihkan wajah dengan pencuci muka yang mengandungi pH seimbang yang lembut pada kulit.
- Sapukan krim kebas, jika diperlukan bergantung pada toleransi kesakitan anda. Boleh gunakan krim anestetik.
- Golekkan Dermaroller pada kawasan yang ditumpukan sahaja. Teknik golek itu penting dan jangan tekan wajah sewaktu menggunakan Dermaroller kerana ia akan membawakan wajah berdarah.
- Proses Dermaroller harus dilakukan secara tegak lurus. Setiap bahagian boleh ulang 12 hingga 16 kali, 6-8 kali secara mendatar dan 6-8 kali secara menegak.
- Basuh muka dengan air sahaja.
- Bersih Dermaroller dengan menggunakan sabun pencuci pinggan, larutkan campuran sabun ke dalam bekas dan golekkan roller. ( Kenapa guna sabun pencuci pinggan ? Ini kerana alkohol tidak akan mampu melarutkan protein yang terdapat dalam kulit dan darah.)
- Lakukan rutin penjagaan seperti biasa, elakkan Benzoil peroksida, Asid Salisilik, Tretinoin.
Artikel berkaitan BEBAS JERAWAT! RAWAT WAJAH DAN IKUT STEP INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











