WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z
GLAM Lelaki memperkenalkan wangian lelaki yang menjadi sebutan dalam kalangan lelaki Gen Z dengan keharuman mempesona.
Dalam dunia wangian lelaki masa kini, beberapa aroma telah menjadi kegilaan khusus di kalangan lelaki Gen Z. Dari haruman segar yang memikat hingga memancarkan keanggunan dan keyakinan. Haruman ini bukan sekadar memberi bau malahan ia juga memberi identiti yang melambangkan gaya hidup moden dan dinamik.
Mari kita selami pilihan wangian yang sedang menjadi sebutan dan pilihan utama generasi terkini.
WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z
1. CHANEL BLEU DE CHANEL
Keistimewaan Bleu de Chanel terletak pada keseimbangannya yang halus antara kesegaran dan kehangatan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai acara dan waktu. Ia juga terkenal kerana ketahanannya yang baik dan kemampuannya untuk bertahan sepanjang hari, sementara aroma yang tidak terlalu mencolok tetap memberikan kesan yang elegan dan profesional.
Dengan gabungan yang sofistikated antara citrus, halia, dan sandalwood, Bleu de Chanel adalah pilihan yang serba boleh yang mengimbangkan kemodenan dengan keanggunan.
2. YVES SAINT LAURENT MYSLF
Yves Saint Laurent MYSLF menawarkan bauan yang segar dan berkarakter. Dengan haruman utama bergamot dan jahe yang diikuti oleh kehangatan dari amber dan kayu cendana. Wangian ini terkenal di kalangan lelaki kerana ia mencerminkan keperibadian yang yakin dan moden
Memberikan kombinasi keseimbangan antara kesegaran yang ceria dan kedalaman yang elegan. MYSLF adalah pilihan yang ideal bagi lelaki yang ingin menonjol dengan gaya yang berani namun tetap sofistikated. Bukan itu sahaja Austin Butler telah menjadi muka bagi perfume ini.
3. PACO RABANNE 1 MILLION
Paco Rabanne 1 Million mempunyai bau yang memikat dengan kombinasi bau vanila, mencipta aroma yang manis serta maskulin. Wangian ini popular di kalangan lelaki kerana keunikan dan kekuatan baunya yang memancarkan keyakinan dan gaya, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang ingin tampil berani dan berkarisma.
Kemasan botolnya yang berkilauan juga menambah daya tariknya, menjadikannya simbol kejayaan dan prestij dalam dunia wangian.
4. PACO RABANNE PHANTOM
Paco Rabanne Phantom menawarkan bau yang segar dan futuristik. Mempunyai haruman utama bergamot, lavender, dan vanila yang disertai oleh unsur-unsur oriental dan maskulin. Wangian ini terkenal di kalangan lelaki kerana kombinasi aromanya yang unik dan berani, yang memancarkan kesegaran moden serta kehangatan sensual.
Dengan reka bentuk botol yang inovatif dan konsep pemasaran yang canggih, Phantom telah menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menunjukkan gaya yang berani dan maskulin.
5. DIOR SAUVAGE
Dior Sauvage menawarkan bau yang segar dan berani. Mempumyai haruman yang cerah, pepper yang pedas, dan ambroxan yang kaya. Kombinasi ini menghasilkan wangi yang maskulin dan bertenaga, menyampaikan rasa kebebasan dan kejelasan.
Haruman ini terkenal di kalangan lelaki terutamanya disebabkan oleh sifatnya yang versatil, menjadikannya sesuai untuk pelbagai suasana. Serta keupayaannya untuk meninggalkan kesan yang mendalam dengan hanya beberapa semburan. Aktor Hollywood terkenal iaitu Johnny Depp telah menjadi muka bagi wangian ini.
Baca Lebih Lanjut: TIPS PENGGAYAAN MEMADANKAN WARNA DAN CORAK UNTUK PARA JEJAKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 GAYA “GENERASI Z” EDDY PILIHAN GLAM LELAKI
Amirul Danial, lebih dikenali sebagai Eddy, mencipta fenomena dalam dunia fesyen generasi Z dengan gaya unik dan personalitinya yang berani.
KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Mile Phakphum berkongsi bersama GLAM Lelaki mengenai wangian kegemaran dan rutin penjagaan kulitnya bersempena acara pelancaran butik Guerlain di Kuala Lumpur.
H24 HERBES VIVES EAU DE PARFUM, WANGIAN BAHARU HERMES UNTUK LELAKI
Hermes memperkenalkan wangian baharu untuk lelaki, H24 Herbes Vives Eau de Parfum yang diinspirasikan daripada alam semulajadi dalam memberikan perspektif berbeza yang lebih segar dan natural.
RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE
Rumah fesyen Paris, Celine memperkenalkan rangkaian Cologne Céleste oleh Hedi Slimane yang merangkumi cologne, minyak badan, sabun mandi, lilin dan banyak lagi.
PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023
Pengembaraan wangian Montblanc diteruskan dengan Explorer Platinum terbaharu yang menjadi pemangkin kepada semangat eksplorasi buat hero Alphamen 2023.
SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU
Dengan edisi terkini keluarga Explorer, Montblanc Fragrance memperkenalkan wangian Montblanc Explorer Platinum untuk merakamkan semangat hero pengembaraan yang baharu.