WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE
Onitsuka Tiger telah mempersembahkan wangian pertama mereka, menampilkan empat wangi yang unik dan istimewa buat penggemar wangian.
Koleksi wangian Onitsuka Tiger ini bertemakan “Wearing Quiet Radiance”, melambangkan keindahan kontras. Gabungan harmoni antara warisan dan inovasi moden, menggabungkan kehalusan seni kraf dengan reka bentuk kontemporari, memadukan dinamik yang bertenaga dengan susunan yang tersusun rapi, serta menonjolkan sensitiviti halus terhadap material. Satu elemen penting yang telah membentuk legasi Onitsuka Tiger.
Kesemua wangian ini direka oleh Mark Buxton, seorang perfumer terkenal di peringkat dunia. Beliau telah menumpukan bertahun-tahun minat dan dedikasi dalam mencipta wangian mewah. Gaya Buxton menggabungkan kesederhanaan yang mutlak dengan kekayaan aroma, berserta sentuhan tradisional British dan kepakaran seni perfum Perancis. Karya Buxton terkenal dengan keberanian dan ketegasan, kadangkala menzahirkan tenaga yang melangkaui norma konvensional.

Empat wangian – ONITSUKA TIGER ONE, ONITSUKA TIGER TWO, ONITSUKA TIGER THREE, dan ONITSUKA TIGER FOUR mempamerkan estetika kontras yang menjadi identiti jenama. Setiap wangian direka untuk menimbulkan rasa ketenangan yang menghubungkan semula dengan esensi semula jadi, sambil memancarkan kecemerlangan yang kuat.
Keseluruhan proses – daripada pemilihan bahan, ekstraksi, pencampuran, hingga pembotolan dijalankan sepenuhnya di Grasse, Provence, ibu kota wangian dunia. Diberkati sinaran matahari di selatan Perancis, para artisan yang berdedikasi menghasilkan setiap titisan wangian dengan teliti. Sambil itu, mereka terus memperhalusi teknik dan menghormati sejarah wangian yang bermula sejak abad ke-18 serta tradisi yang diwarisi turun-temurun.
Keempat-empat wangian ini dibotolkan dengan elegan dalam botol kuning cerah, warna ikonik Onitsuka Tiger. Reka bentuknya menonjolkan permainan cahaya dan bayang, dilengkapi dengan lettering logo jenama yang tersendiri.
Empat Wangian Untuk “Quiet Radiance”
ONITSUKA TIGER ONE – “Multi-dimensional radiance. Grace from within that lingers.”
Wangian ini memancarkan kejelasan menyegarkan melalui nota hijau dan pudina. Lemon dan mandarin memberikan tepi lembut, sementara bunga putih dan jasmine berkembang perlahan. Patchouli, kulit, dan kayu guaiac menambah kedalaman dan resonansi.
-
Nota Atas: Green Note, Lemon Oil, Mandarin Green, Peppermint Oil
-
Nota Tengah: Incense Oil, White Flowers, Jasmine Sambac Absolute, Davana Oil, Rosemary Oil
-
Nota Dasar: Vetiver, Sandalwood, Musk, Patchouli Oil, Ambrox, Cedarwood Oil, Labdanum Abs, Leather Note, Gaiac Woo

ONITSUKA TIGER TWO – “A mysterious clarity. A gentle presence that lingers close.”
Bergamot dan lemon bergerak lembut seperti cahaya. Geranium dan incense naik perlahan ke udara. Musk bertekstur serbuk dan sandalwood melingkari kulit, meninggalkan rasa selesa yang menenangkan.
-
Nota Atas: Green Note, Lemon Oil, Bergamot Oil, Ambery Woods
-
Nota Tengah: Geranium Oil, Incense Oil
-
Nota Dasar: Powdery Note, Musk, Sandalwood

ONITSUKA TIGER THREE – “A warm, textured scent rich with depth.”
Orange dan angelica yang pedas menaikkan suhu, sementara violet dan nota laut menyebar perlahan. Di tengah hutan yang tenang, nuansa asap dan rempah muncul lembut, meninggalkan kehangatan bumi yang berpanjangan.
-
Nota Atas: Orange Oil, Bergamot Oil, Angelica Root Oil, Berry Roses Extract CO₂
-
Nota Tengah: Violet Note, Cardamom Oil, Rose, Sea Note
-
Nota Dasar: Cypriol Oil, Patchouli Oil, Sandalwood, Musk, Cedar Oil, Ambrox, Almond Note

ONITSUKA TIGER FOUR – “From awakening freshness to a spicy, sensual finish.”
Peppermint dan bergamot menyerlah dengan intensiti segar, absinthe dan nutmeg menambah aksen tajam. Apabila wangian berkembang, vanilla dan vetiver menambah kedalaman, sementara kejelasan citrus yang transparan meninggalkan kesan tenang dan cerdas.
-
Nota Atas: Lemon Essence, Bergamot Oil, Peppermint Oil
-
Nota Tengah: Incense Oil, Nutmeg Oil, Absinth Oil
-
Nota Dasar: Cypriol Oil, Sandalwood Album Oil, Vetiver, Musk, Cedarwood, Vanilla Note
Pautan berkaitan: HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE
Onitsuka Tiger terus mempersembahkan koleksi Yellow yang menggabungkan fesyen dengan sukan, bersama MOMO dari TWICE.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING
Bersempena edisi melabuh tirai bagi tahun 2024, GLAM Lelaki menampilkan dua nama yang semakin mencuri perhatian peminat di Malaysia. Mereka adalah pelakon, Amir Ahnaf (24) dan model serta pelakon baharu, Sky Iskandar (30).
KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK
Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2025: Koleksi berani dan androgynous yang menggabungkan keanggunan urban dan semangat muda.
ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY
Onitsuka Tiger yang bakal meraikan ulang tahun yang ke-75 pada 2024 mengumumkan kerjasama global bersama ASTRO BOY selaku projek untuk menandakan permulaan tahun ini.











