KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK
Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 Onitsuka Tiger Koleksi berani dan androgynous yang menggabungkan keanggunan urban dan semangat muda.
Onitsuka Tiger telah memperkenalkan Koleksi Kuning Musim Bunga & Panas 2025 di Minggu Fesyen Milan. Bertemakan Urban Beats, koleksi ini diinspirasikan oleh golongan muda yang sedang mengembara mencari diri, mengikuti rentak dunia yang penuh dengan irama urban global. Koleksi ini menggambarkan perjalanan dari segi perkembangan yang mentah dan jujur, di mana kelemahan dan kekuatan, keintiman dan ekspresi diri saling wujud bersama.
Rentak koleksi ini seiring dengan kehidupan di bandar sambil disemai oleh semangat muda yang penuh dengan impian. Ia juga digambarkan sebagai gaya yang sukar ditafsir, justera menunjukkan pengurangan yang terselah sisi lembut yang tersembunyi. Menangkap kekompleksan peralihan menuju alam dewasa, simbol evolusi yang edgy—daripada lingerie vintaj dan pakaian dalam, hingga vest tuxedo, jaket safari, seluar kargo, dan knit bertekstur.
“URBAN BEATS” KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS ONITSUKA TIGER 2025 MEMBERI NAFAS BARU DAN KEBERANIAN KEPADA SI PEMAKAI
Setiap helaian dalam koleksi ini menceritakan kisah perkembangan, emosi, dan kejujuran dalam menghadapi horizon baharu. Kasut yang kukuh dengan tapak yang tebal, daripada faux fur-decked clogs hingga lightly square-toed pumps dan sandal getah musim panas. Menjadikan si pemakai menjadi lebih konfiden walaupun taufan atau angin ribut membolehkan mereka terus melangkah dengan yakin tanpa kompromi. Dalam tahun yang menandakan ulang tahun ke-75, Onitsuka Tiger berkolaborasi dengan jenama pakaian kulit terkemuka, Wolford, untuk koleksi kapsul.
KUNCI PENAMPILAN DI RUNAWAY KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS ONITSUKA TIGER 2025
SELEBRITI-SELEBRITI YANG HADIR DI ACARA ONITSUKA TIGER 2025 DI MILAN FASHION WEEK
Scha Alyahya, Awal Ashaari hingga ke Baifern Bah yang akan menghadiri pertunjukan fesyen Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2025 (SS25). Selebriti global seperti duta jenama MOMO daripada TWICE, pelakon Jepun Hayato Isomura, penyanyi Amerika Normani, pelakon Korea Woo Do-hwan dan pelakon India Rashmika Mandanna, turut hadir memeriahkan pertunjukan fesyen ini.
Pautan Berkaitan: KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS BOSS 2025 DI MILAN FASHION WEEK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA MENSWEAR SELEBRITI HOLLYWOOD DI MILAN FASHION WEEK 2025
Siapakah selebriti Hollywood lelaki yang paling mencuri tumpuan di pentas Milan Fashion Musim Bunga/Panas 2025 di kota Milan kali ini?
KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK
BOSS kini tampil lebih berani untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2025. Bertempat di Palazzo del Senato, Milan, tema "Out of Office".
20 STAIL SELEBRITI LELAKI DI MILAN & PARIS MEN’S FASHION WEEK
Siapakah selebriti yang mencuri perhatian dengan gaya terbaik kala menghadiri Men’s Fashion Week di Milan dan Paris kali ini?
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN GUCCI SPRING SUMMER 2025 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Gucci Spring Summer 2025. Saksikan secara livestream pada 17 Jun 2024 bersempena Milan Fashion Week Men 2024.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN ZEGNA SUMMER 2025 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan ZEGNA Summer 2025 yang bertemakan L'OASI DI LINO. Saksikan secara livestream pada 17 Jun 2024 bersempena Milan Fashion Week Men 2024.