YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC
YSL Beauty mempersembahkan Iconic Duo Pop-up di Suria KLCC, didedikasikan kepada dua haruman paling ikonik jenama ini, LIBRE dan MYSLF.
Disatukan oleh semangat kebebasan, kedua-dua haruman ini melambangkan ekspresi diri tanpa kompromi: LIBRE, simbol wanita yang bebas dan berani; serta MYSLF, lambang maskuliniti moden dan penghargaan terhadap diri sendiri. Pop-up ini mengajak para pengunjung meneroka dunia YSL LIBRE dan MYSLF melalui pelbagai pengalaman interaktif yang menggabungkan dunia haruman, solekan dan kelestarian.
![]()
Antara tarikan utama termasuk dua keluaran terbaharu dalam rangkaian ini, MYSLF L’Absolu, interpretasi lebih intens. Selain itu, LIBRE Vanille Couture, versi eksklusif yang menampilkan kehangatan vanila dalam haruman bunga lavender ikoniknya. Telah berlangsung sejak 24 Oktober yang lalu, pop-up ini akan berlangsung sehingga 4 November 2025. Kunjungi Suria KLCC pada 10 pagi hingga 10 malam sekarang!
Tentang YSL Beauty Iconic Duo Pop-up
Rasai kebebasan ekspresi diri dengan Iconic Duo Pop-up YSL Beauty. Satu perjalanan deria yang diinspirasikan oleh dua haruman paling berkuasa jenama ini, MYSLF dan LIBRE. Setiap ruang di dalam pop-up ini direka untuk membangkitkan deria dan meraikan keunikan individu. Daripada stesen MYSLF Bottle Tattoo untuk personalisasi botol hinggalah ke LIBRE Atelier, di mana seni couture berpadu dengan dunia haruman.
![]()
![]()
Pengunjung berpeluang menemui keanggunan MYSLF L’Absolu yang penuh intensiti dan kehangatan LIBRE Vanille Couture yang memikat. Turut disertai bersama rangkaian ikonik YSL Beauty merangkumi haruman, solekan dan koleksi boleh diisi semula.
Nikmati pengalaman menyeluruh yang menggabungkan reka bentuk, aroma dan sentuhan peribadi. Setelah menamatkan perjalanan anda, bawa pulang hadiah eksklusif sebagai simbol kebebasan dalam gaya YSL Beauty. Dengan setiap pembelian MYSLF atau LIBRE 90ml ke atas, pelanggan boleh menikmati personalisasi percuma di stesen eksklusif berikut:
-
MYSLF Bottle Tattoo: 30 Oktober – 2 November | 12:00 tengah hari – 2:00 petang
-
LIBRE Atelier: 30 Oktober – 2 November | 2:00 petang – 4:00 petang
![]()
Selain itu, dengan setiap pembelian RM600 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan akan menerima MYSLF Black Coffee percuma. Ia terhad kepada 100 tin sehari, berdasarkan first-come, first-served.
(Tersedia dari 30 Oktober – 2 November sahaja.)
Raikan keanggunan, kebebasan dan keperibadian anda bersama YSL Beauty — di mana setiap haruman menjadi simbol siapa anda sebenarnya.
Pautan berkaitan: DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE
Dengan YSL LIBRE Vanille Couture, Yves Saint Laurent Beauty menghasilkan sebotol haruman dan menangkap inti sebenar kebebasan seorang wanita.
ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
ZHARIF GHAZZI semakin menyerlah tahun 2025! Kenali wajah baharu industri lakonan tempatan yang berbakat dan berpotensi besar.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN
Kali terakhir GLAM Lelaki menyunting Meerqeen adalah pada 2021. Kala itu, Meerqeen masih hijau dalam dunia seni lakon. Dan istimewa untuk edisi print ‘relaunch’ ini, GLAM Lelaki menampilkan the all grown up-Meerqeen.
9 HADIAH HARI VALENTINE UNTUK SI CANTIK
Ungkapkan 'Aku cinta padamu'. GLAM Lelaki bentangkan hadiah Hari Valentine terbaik yang bersifat sentimental serta mempunyai elemen kejutan.
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE
Selepas kehangatan APT oleh Rosè, Jennie dari BLACKPINK pula akan menggegar dunia muzik dengan studio album pertamanya, RUBY. Tahun lepas, gadis berusia 29 tahun itu mengejutkan peminat dengan singlenya, Mantra apabila lagu tersebut berjaya debut di Billboard 100 menjadikannya penyanyi K-pop wanita pertama memperoleh sijil platinum dari Recording Industry Association of America (RIAA). RUBY akan…
DUA LIPA & CALLUM TURNER BERTUNANG SELEPAS SETAHUN MENYULAM CINTA
Spekulasi pertunangan pasangan itu muncul apabila Dua Lipa memuat naik beberapa foto dan video sambutan Hari Krismas pada 25 Disember lalu.











