10 ESSENTIALS LELAKI:ITEM WAJIB ADA DALAM WARDROBE.
Wardrobe lelaki moden bukan sekadar koleksi pakaian, tetapi refleksi gaya, personaliti, dan cara kita menghadapi kehidupan seharian. Sama ada anda seorang peminat streetwear atau lebih gemar gaya klasik, ada beberapa essentials yang wajib ada dalam wardrobe lelaki. Inilah senarai asas untuk memastikan almari anda sentiasa versatile dan on point.
#1 White T-Shirt
Simpple tapi ikonik. T-shirt putih berkualiti tinggi boleh digayakan dengan apa saja. Seluar jeans, chinos, atau di-layer kan dengan jaket. Cari fabrik cotton tebal dengan potongan yang sesuai dengan tubuh.
#2 Denim/Jeans
Denim ialah jantung wardrobe lelaki. Sama ada Levi’s 501 klasik atau denim washed-out kontemporari, jeans adalah item yang mampu bertahan bertahun-tahun dan sentiasa relevan. Mudah untuk digayakan dan antara gaya paling popular masa kini seperti Denim on Denim dan Grunge.
#3 Button-Down Shirt (Longsleeve)
Kemeja putih atau biru muda adalah penyelamat untuk acara formal ringan hingga smart casual. Ia mudah dipadankan dengan blazer atau hanya digulung lengan untuk tampak effortless. Selain daripada acara formal longsleeve juga boleh dipadan kan dengan denim dan chinos menjadikan gaya harian anda lebih casual.
#4 Oxford Shirt / Polo
Untuk pilihan kasual yang masih bergaya, kemeja Oxford atau polo shirt memberikan keseimbangan antara formaliti dan santai.
#5 Sneakers Putih
Sneakers putih adalah asas gaya lelaki moden. Mudah, serbaguna, dan sentiasa relevan. Ia boleh dipadankan dengan jeans, chinos, malah suit moden untuk gaya yang lebih segar. Ikon seperti Adidas Stan Smith atau Nike Air Force 1 membuktikan bahawa kesederhanaan adalah kunci. Rahsianya terletak pada penjagaan kasut tersebut. Sneakers putih yang bersih akan sentiasa meninggalkan impresi bergaya.
#6 Blazer / Jaket Serbaguna
Blazer navy atau jaket minimalis adalah pelaburan berguna yang boleh mengubah gaya sekelip mata. Ia menambah elemen sophisticated pada t-shirt polos dan jeans, menjadikan anda lebih rapi tanpa terlalu formal. Untuk vibe streetwear, bomber jacket atau coach jacket juga boleh menggantikan blazer sebagai pilihan versatil.
#7 Chinos
Chinos dalam warna neutral seperti beige, khaki, atau navy adalah alternatif terbaik kepada jeans. Ia ringan, selesa, dan cukup fleksibel untuk dipakai di tempat kerja, temu janji, atau acara kasual. Dipadankan dengan kemeja button-down atau t-shirt polos, chinos memberi keseimbangan antara smart dan kasual.
#8 Outerwear (Denim Jacket / Bomber / Trench)
Outerwear adalah kunci untuk layering dan memberi dimensi pada gaya. Denim jacket adalah klasik sepanjang zaman, bomber jacket memberi sentuhan sporty, manakala trench coat menambah elemen urban sophistication. Satu outerwear yang berkualiti tinggi boleh bertahan bertahun-tahun, menjadikannya pelaburan penting dalam wardrobe lelaki.
#9 Jam Tangan
Jam tangan bukan sekadar penunjuk masa, ia adalah simbol gaya peribadi. Sama ada dengan tali kulit untuk acara formal atau stainless steel untuk kegunaan harian, jam tangan memberi elemen matang dan serius pada penampilan lelaki. Ia juga aksesori yang boleh diwarisi, menjadikan pelaburan ini lebih bermakna.
#10 Aksesori Asas
Detail kecil memberi kesan besar. Tali pinggang kulit berkualiti, dompet ringkas, dan cermin mata hitam klasik seperti aviator atau wayfarer akan melengkapkan gaya lelaki. Aksesori ini mungkin tampak kecil, tetapi ia memberi lapisan personaliti dan menjadikan penampilan lebih refined.
Essentials ini adalah asas untuk membina wardrobe lelaki yang tahan lama, versatile, dan timeless. Kuncinya bukan pada kuantiti, tetapi kualiti. Dengan wardrobe asas yang kukuh, gaya peribadi anda boleh berkembang secara natural dan effortless sama ada menuju ke arah streetwear moden atau klasik maskulin.
Artikel Berkaitan: DENIM ON DENIM: QUIET LUXURY DALAM STREETWEAR
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEVI’S® & TOY STORY: RAI 30 TAHUN, SATU KOLEKSI PENUH NOSTALGIA
Sempena ulang tahun ke-30 Toy Story,Levi’s®, berkolaborasi dengan Disney dan Pixar untuk melancarkan koleksi edisi terhad Levi’s® x Toy Story.
5 TRENDY LOOK PILIHAN GLAM LELAKI
Trendy look lelaki 2025: dari grunge, preppy moden hingga denim on denim. Inspirasi gaya maskulin terkini untuk tampil stylish dan versatil
DENIM ON DENIM: QUIET LUXURY DALAM STREETWEAR
Denim on denim bertemu quiet luxury: temui bagaimana Levi’s, Carhartt, Kapital & lain-lain membawa minimalisme dan streetwear bersama.
LEVI’S® MENYATUKAN MUZIK DAN FESYEN SEMPENA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025
Road to FAM yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mei lepas berlangsung meriah! Kami berpeluang mendekati koleksi asas Levi’s® musim bunga/panas 2025, sambil menonton persembahan memukau rapper ZAMAERA. Levi’s® dan 88rising, sebuah kolektif muzik global, telah melancarkan Road to FAM, iaitu satu siri muzik yang akan menjelajah Singapura, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur sepanjang…
SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE
Sembilan GL Gang hadir menyertai masterclass #styledbyJK bersama jenama denim, Lee. Sambil itu, mendekati koleksi musim bunga 2025 Lee.
CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®
Untuk musim perayaan kali ini, Levi’s® akan meraikannya dengan keseronokan gaya terkini dan segar. Melalui himpunan baharu ‘Holiday Edits’ dan memulakan inisiatif pemberian hadiah yang dinamakan “12 Days of Denim”.