10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU
TAHUN 2024 MERUPAKAN TAHUN YANG BAIK UNTUK INDUSTRI FESYEN MALAYSIA. SEPANJANG TAHUN 2024 JUGA TELAH BANYAK ANJURAN ACARA FESYEN DIADAKAN SERTA PELBAGAI KEMPEN DAN EDITORIAL YANG MELIBATKAN MODEL TEMPATAN MUNCUL DALAM PELBAGAI KONSEP MENARIK. KEMUNCULAN MODEL BAHARU DAN YANG SEDIA ADA NYATA MEMPERKUKUHKAN LAGI INDUSTRI MODELLING TEMPATAN. KETAHUI 10 MODEL LOKAL LELAKI MASA KINI.
LOUIS PIERRE
View this post on Instagram
We’ll say Louis Pierre is the next gen model yang berpotensi tinggi. Mula muncul dalam editorial fesyen untuk majalah-majalah tempatan dan sejak itu wajahnya mula menjadi buruan. Untuk tahun 2024 juga, Louis Pierre muncul buat pertama kalinya untuk editorial fesyen bersama GLAM Malaysia untuk isu Mac 2024. Wajah unik dan ketinggian yang dimilikinya merupakan faktor utama Pierre sering mendapat booking. Pierre pernah menghiasi kempen-kempen utama seperti Levi’s, Oakley dan berjalan untuk pelbagai jenama fesyen tempatan. Seperti Dickson Lim, Brian Khoo dan Outdwell.
DARIEN AELD
Darien memulakan langkah sebagai model melalui catwalk dan pelbagai projek kempen fesyen. Wajah serta ketinggian Darien merupakan pakej utamanya sebagai model. Darien aktif berjalan untuk pelbagai jenama tempatan untuk KL Fashion Week, Mercedes-Benz Fashion Week KL dan lain-lain acara. Darien juga pernah muncul dalam variasi editorial fesyen untuk majalah tempatan. Sambil itu lagi, Darien juga mula berlakon dalam drama siri tempatan dan memenuhi masanya sebagai vokalis band.
FITRI FAROK
Fitri Farok kini lebih aktif sebagai pelakon. Tuah berlakonnya mula kelihatan selepas Fitri memasuki satu pertandingan berbentuk realiti. Wajah model Fitri mula mencuri perhatian sejak dia berjalan untuk beberapa jenama tempatan, seperti BEHATI di KLFW beberapa musim lalu. Fitri juga pernah muncul untuk cover hadapan GLAM Lelaki untuk edisi digital Januari 2023. Sekarang, Fitri merupakan antara model lelaki yang popular dan tentu sahaja punya kelebihan tersendiri. Kami harap untuk melihat Fitri lebih dalam persada modelling.
GBRIL
Gbril merupakan model generasi baharu yang boleh dianggap paling menyerlah pada sepanjang 2024. Sebelum ini, Gbril hanya mencuba-cuba untuk jadi model, tetapi setelah itu, Gbril mula mendapat booking untuk berjalan catwalk untuk koleksi pereka-pereka fesyen tempatan. Gbril diperhatikan kerap bekerjasama dengan pereka fesyen, Masyadi Mansoor dan Kit Woo. Mungkin juga Gbril diangkat sebagai ‘muse fesyen’ oleh kedua-dua pereka tersebut.
RIDZMAN ZIDAINE
Satu nama yang cukup gah hari ini. Ridzman Zidaine mencipta sejarah apabila menjadi model Malaysia pertama yang berjalan untuk pementasan Louis Vuitton Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris. Bukan itu sahaja, dia juga mencatat sejarah lagi setelah terpilih untuk membuka acara Louis Vuitton. Ridzman juga pernah muncul untuk kempen-kempen fesyen jenama antarabangsa lain. Hermes, Emporio Armani, Zegna, Ami, JW Anderson, Issey Miyake dan banyak lagi, merupakan jenama besar yang pernah Ridzman bekerjasama.
FAHD DHAF
Fahd Dhaf memiliki ketinggian yang sempurna untuk menjadikannya sebagai model catwalk. Sejak mula menjadi model, wajah Fahd Dhaf antara model lelaki yang kerap berjalan memperaga koleksi fesyen tertentu. KL Fashion Week dan Mercedes-Benz Fashion Week KL menjadi ‘playground’ Fahd untuk mempamerkan portfolionya sebagai model. Wajah komersial yang dimiliki Fahd juga menjadi kriteria utama, yang mana dia dapat menghiasi pelbagai iklan komersial, seperti JD Sports.
ANIQ AQIL
Aniq Aqil mempunyai kakak yang bernama Batriesya dan secara kebetulan adik-beradik ini juga bergelar model. Rupa paras kacukan dan ketinggian luar biasa Aniq menjadikannya seorang model yang unik. Berbeza dari wajah kebiasaan model. But fashion people do appreciate his uniqueness.
HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin antara model lelaki masa kini yang ada ‘attitude’. Kerap muncul di atas pentas peragaan, Hakimi pasti sahaja mempamerkan ‘lagak’ modelnya. Hakimi memiliki pesona model yang tidak ramai miliki. Basically, on the runaway, Hakimi can carry almost every look. Kini, Hakimi lebih dikenali sebagai personaliti media sosial, lebih-lebih lagi selepas bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti anjuran Challo Run.
ROME ZYMAN
Pada pandangan GLAM Lelaki, Rome Zyman is the best model of 2024. Memulakan langkah yang sederhana, namun kelibat Rome dalam dunia modelling disedari ramai, terutamanya di kalangan editor-editor majalah. This is how you tackled fashion. Berwajah unik, bertubuh kurus, ketinggian yang baik dan ada karakter ‘androgyny’-menjadikannya model sempurna untuk editorial fesyen untuk pelbagai konsep. Tahun 2024 ini sahaja, Rome Zyman pernah menghiasi tiga editorial fesyen untuk GLAM Malaysia. Dan mencipta sejarah menjadi satu-satunya model lelaki yang dirakam solo untuk editorial fesyen GLAM Malaysia. Check out GLAM Malaysia isu Mei 2024.
HARIZ ZU
Every Gen Z’s favourite model. Hariz Zu memiliki karakter unik dan berbeza dengan model-model lelaki yang ada di Malaysia. Industri fesyen kita mula menghargai rupa dan karakter model seperti Hariz Zu. Hariz Zu telah mula bekerja dengan beberapa majalah fesyen di Malaysia serta menjadi pilihan editor fesyen dan stylist. Not just for editorial, Hariz Zu juga mula berjalan di atas pentas untuk memperagakan koleksi pereka fesyen tempatan. Antaranya, SHALS KL dan Alia Bastamam.
Artikel berkaitan: 10 ARTIS LELAKI & KUMPULAN PALING DISTRIM DI SPOTIFY 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”
GLAM Lelaki menemu bual model Fahd Dhaf mengenai cita-cita dan impiannya sebagai model di Malaysia. Ternyata, Fahd makin bersungguh.
MUQH MAZELAN, “MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOUR CHARACTER AND YOUR PERSONALITY.”
GLAM Lelaki mengajak model baharu, Muqh Mazelan bersembang seperkara dua tentangnya dan harapannya pada masa akan datang.
RALPH LAUREN BAWA ARTIS THAI, JOONG & DUNK MELAWAT JEWEL CHANGI AIRPORT
Musim ini, Ralph Lauren bekerjasama dengan Jewel Changi Airport di Singapura sebagai jenama fesyen pertama yang mengubah ruang Forest Valley menjadi ekspresi penuh semangat musim percutian.
AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING
Bersempena edisi melabuh tirai bagi tahun 2024, GLAM Lelaki menampilkan dua nama yang semakin mencuri perhatian peminat di Malaysia. Mereka adalah pelakon, Amir Ahnaf (24) dan model serta pelakon baharu, Sky Iskandar (30).
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ
Razin Qidran mula menceburi bidang hiburan secara serius selepas tamat pengajian universiti. Tahun ini sahaja, Razin telah berlakon beberapa drama dan terbaru, muncul sebagai Irwan dalam drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi.