10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023
Memandangkan 2023 bakal berakhir, tiba masa untuk meninjau kembali gaya selebriti dan fesyen paling menyerlah di karpet merah berprestij tahun ini.
Walaupun beberapa acara karpet merah terganggu dek mogok SAG-AFTRA selama empat bulan, masih banyak momen budaya pop terhasil menerusi persalinan memukau selebriti sepanjang 2023. Dari gaya unik Jared Leto sebagai kucing di Met Gala sehinggalah penampilan unik Margot Robbie sebagai Barbie, ini membuktikan kreativiti mendominasi karpet merah.
Tahun ini, barisan selebriti Hollywood lebih memahami kuasa karpet merah sebagai platform dan pentas dunia. Sesetengahnya mengambil peluang mempromosi pereka bebas kala ekonomi menghimpit peniagaan dan jenama kecil. Manakala yang lain terus menyokong fesyen mewah dan mampan.
Lihat sepuluh gaya terbaik selebriti terkenal di karpet merah tahun ini
Harry Styles mencuri perhatian di Grammy Awards dalam romper Egonlab yang bertatahkan kristal Swarovski.
Margot Robbie menggayakan pelbagai persalinan vintaj berinspirasikan Barbie sepanjang tayangan perdana. Antara yang memukau adalah penampilannya dalam gaun hitam Schiaparelli di tayangan Barbie di Los Angeles.
Kebanyakan selebriti memberi penghormatan kepada legasi Karl Lagerfeld di Met Gala dengan perhiasan mutiara, tweed dan rambut palsu beruban. Bagaimanapun Jared Leto memilih untuk tampil sebagai kucing milik pereka itu, Choupette dengan menyarung kostum daripada Specialty Costumes and Props (SCPS).
Zendaya tampil manis di SAG Awards dalam gaun Valentino merah jambu yang diperincikan dengan 190 kuntuman bunga.
Rihanna menayang baby bump di karpet merah Met Gala dalam gaun Valentino. A$AP Rocky pula menggayakan persalinan Gucci, hampir serupa seperti yang dipakai Karl Lagerfeld di pertunjukan Musim Bunga/Panas 2005.
Riz Ahmed menyarung sut berkolar besar ala 70-an daripada koleksi Prada Musim Luruh/Sejuk 2023 di karpet merah Oscar tahun ini.
Cardi B memilih persalinan daripada pereka bebas, Dilara Findikoglu kala menghadiri MTV Video Music Awards. Keseluruhan gaunnya yang berkilauan diperbuat daripada pin rambut rona perak.
Bad Bunny muncul serba putih di Met Gala tahun ini. Penyanyi itu menyarung sut berinspirasikan pengantin Jacquemus bersama selendang sarat bunga.
Anne Hathaway menyarung gaun ‘spageti’ vintaj daripada koleksi Valentino di British Fashion Awards.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Bersedia untuk mendominasi hari-hari bekerja anda dengan koleksi Ultimate Office Essentials dari Sacoor Brothers.
30 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 36
Lihat stail selebriti terkenal yang mencuri perhatian pada malam ABPBH 36.
GAYA BINTANG BORDERLANDS DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Sesi bertemu peminat dan tayangan perdana Borderlands di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!
Walau apa jua alasan anda untuk tampil lebih bergaya, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mencapainya.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE
New York City hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Marvel terbaru, Deadpool & Wolverine. Tinjau gaya pilihan mereka.
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN
Ayuh imbas kembali detik fesyen Will Smith dan Jada Pinkett Smith sejak hampir tiga dekad lalu.