Gaya Emran Rijal kali ini tampil lebih minimalis namun tetap bold. Padanan set serba hitam dengan potongan boxy memberi vibe clean dan moden, diserlahkan lagi dengan kasut rona beige bertekstur unik. Cermin mata gelap dan stoking tinggi jadi pelengkap gaya, mengekalkan identiti streetwear-nya yang tersendiri—simple, sharp dan penuh karakter.
Setiap lelaki dilakar oleh bab-bab kehidupan yang berbeza, daripada pencapaian kerjaya hingga kejayaan peribadi. Namun tiada yang dapat menandingi detik apabila seseorang lelaki menjadi seorang ayah buat kali pertama.