6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025
Kini setaraf dengan label antarabangsa, label tempatan turut menjadi dominasi utama buat tahun 2025 yang meriah.
Tahun 2025 menyaksikan landskap fesyen dan gaya hidup Malaysia berkembang lebih pesat berbanding sebelumnya. Gelombang kreativiti anak muda, ditambah dengan strategi digital yang semakin matang. Ini menjadikan label tempatan bukan lagi sekadar pilihan alternatif, malah satu kuasa besar yang mencorakkan budaya dan cita rasa generasi hari ini. Enam jenama ini bukan sahaja mencipta momentum, tetapi mendominasi pasaran melalui identiti yang kuat, komuniti yang setia, dan keberanian untuk bereksperimen. Setiap satu label tempatan ini menjadi sorotan utama buat tahun 2025 yang dipenuhi budaya serta acara istimewa.
#1 SVG Worldwide
SVG terus menunjukkan mengapa jenama ini berada dalam liga tersendiri. Dengan estetika streetwear yang matang dan pengaruh global yang semakin ketara, koleksi terbaharu SVG sering habis terjual dalam masa singkat. Tahun 2025 menjadi era pengukuhan identiti mereka. Berani, unapologetic, dan sentiasa selangkah di hadapan dalam naratif “Malaysian street culture”. Kolaborasi mereka bersama jenama beg tangan Brik juga cukup berjaya dengan sokongan dari pembeli tegar mereka. Kini, SVG turut hadir dengan koleksi musim luruh, kolaborasi bersama jenama Indonesia, CALLE.
#2 OPT
OPT mengekalkan momentum sebagai label yang memahami bahasa minimalisme moden. Rekaannya yang clean, wearable dan sofistikated menjadikannya pilihan utama golongan muda urban. Tahun ini, OPT memperkenalkan beberapa drop eksklusif yang menggabungkan fabrik premium dengan siluet kontemporari, sekali lagi membuktikan bahawa fungsi dan gaya boleh wujud dalam satu harmoni. Cukup kemas, kasual dan praktikal buat peminat fesyen tempatan yang masih ingin bergaya.
#3 All Love
Jenama yang sinonim dengan mesej positivity dan community-building ini terus mencuri hati pengguna. All Love berjaya mendominasi 2025 dengan kempen hebat, pop-up immersive dan rekaan yang mengekalkan DNA youthful mereka. Energi jenama ini terasa segar, inklusif dan dekat dengan jiwa generasi kini. Koleksi Bangkok Tee mereka membuatkan penggemar fesyen beratur selama berjam-jam di acara LahLahLand tahun ini.
#4 Against Lab
Against Lab pula meneruskan reputasinya sebagai jenama yang kuat dalam storytelling dan konsep. Setiap koleksi hadir dengan naratif tersendiri, seringkali diinspirasikan daripada budaya Asia Tenggara. Tahun 2025 menyaksikan Against Lab mengukuhkan lagi posisi mereka sebagai jenama Malaysia yang mampu bertanding dengan label antarabangsa dari segi kualiti, idea dan hasil karya. Against Lab turut menyambut ulang tahun ke-10 mereka pada 21 November 2025 yang lalu.
#5 HDPC
HDPC melangkah masuk ke radar arus perdana tahun ini. Dikenali dengan estetik industrial dan raw, HDPC berjaya mencipta identiti yang sukar ditiru. Penggunaan grafik yang agresif, warna neutral yang praktikal dan approach eksperimental menjadikan setiap keluaran mereka terasa seperti collector’s item. Setiap satu rekaan membawa aura moden dan kasual, tetapi masih vintage seperti yang disukai penggemar fesyen terkini.
#6 Mokky’s Pizza
Walaupun bermula sebagai F&B, Mokky’s Pizza kini sudah menjadi fenomena budaya. Merch mereka muncul di mana-mana. Sering sold-out, dipakai influencer, malah dianggap sebagai sebahagian daripada uniform tidak rasmi generasi 2025. Kehadiran mereka dalam carta jenama dominan membuktikan satu perkara: apabila branding kuat, ia melangkaui kategori. Berbalik ke dasar mereka, pizza yang dihidangkan juga cukup sedap hingga mampu menjadi budaya antara anak muda. Turut aktif dalam fashion scene Malaysia, Mokky’s Pizza pernah berkolaborasi bersama jenama fesyen seperti OPT dan ASAL Lelaki.
Pautan berkaitan: 6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN ASHRAF ANUAR, PENGASAS SVG WORLDWIDE
Mempunyai misi artistik dan matlamat yang jelas, demikian sifat yang boleh menggambarkan tentang pengasas jenama SVG Worldwide, Ashraf Anuar.
PERJALANAN FESYEN ASHRAF ANUAR & PELABURAN RM 3 JUTA
Melalui SVG Worldwide SS25, Ashraf Anuar membuktikan bahawa jenama tempatan mampu berdiri setanding dengan kuasa besar fesyen antarabangsa.
HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”
GLAM Lelaki berbual dengan Hakim Mazlan, pengasas jenama lokal streetwear ‘One Plus Two’. Hakim berkongsi nasihat dan impian untuk jenamanya.
ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI
Adam Azman, nama baharu yang mula melibatkan diri dalam dunia peragaan tempatan. GLAM Lelaki bertanya beberapa soalan tentangnya.
5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI
Jenama fesyen lokal kini mendapat pencapaian yang hebat dalam industri fesyen dari segi kolaborasi dan acara fesyen ternama di Malaysia.
PESTLE & MORTAR CLOTHING BUKA STOR FLAGSHIP TERBAHARU DI APW BANGSAR
Label streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing terus menghangatkan latar fesyen Kuala Lumpur dengan pembukaan stor flagship terbaharu di APW Bangsar.











