7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI
Gaya fesyen Awal Ashaari cukup ikonik menjadikannya salah seorang selebriti lelaki Malaysia yang cukup versatil dari segi fesyen dan lakonan.
Cover star kami pada bulan ini bukanlah nama yang asing di dengari lebih-lebih lagi di dalam industri fesyen Malaysia. Awal Ashaari, satu nama yang cukup besar dalam dunia fesyen Asia Tenggara. Bermula dari menjadi seorang hos televisyen hingga ke bidang lakonan, setiap karya yang dimainkan oleh Awal Ashaari cukup digemari ramai. Sudah berkahwin dengan pelakon wanita yang juga penuh stail, Scha Al-Yahya dan mereka dikurniakan dengan 2 anak gadis yang licik, Lara Alana serta Lila Amina.
Gaya fesyen Awal cukup versatil jika dibandingkan dengan selebriti lelaki Malaysia yang lain. Stailnya seringkali menjadi bualan ramai dan penantian di acara-acara besar. Kehadirannya di minggu fesyen tempatan dan antarabangsa juga membuktikan betapa besar nama Awal Ashaari dalam dunia fesyen. Awal pernah mengadiri acara minggu fesyen seperti Milan Fashion Week di bawah jenama Onitsuka Tiger, Fendi dan Bvlgari. Pada tahun 2024, Awal juga dinobatkan dan memenangi anugerah Most Fashionable Male Personality di Kuala Lumpur Fashion Awards 2024. GLAM Lelaki akan berkongsi tujuh gaya fesyen ikonik Awal Ashaari yang menjadi pilihan kami!
#1 Brown & Nude Moment
Gabungan rona nude dan coklat menampilkan gaya yang santai, dan masih kasual menggambarkan salah satu gaya fesyen ikonik Awal Ashaari.
#2 Tote in London
Gabungan sut yang sempurna digayakan dengan beg tote yang melengkapkan lagi percutian di luar negara. Men with bag sememangnya a thing!
#3 Ancaman Pola Leopard
Nothing goes wrong with leopard! Baju bercorak harimau bintang menonjolkan lagi gaya Awal menjadikan gaya kasualnya sungguh stail.
#4 Momen Chill Dad
Selain dari menjadi ikon fesyen, Awal juga seorang ikon bapa. Kemeja berona krim dipadankan dengan seluar coklat yang memberikan gaya chill dad dan kelihatan cukup santai.
#5 Black & Bleu
Sut berona biru gelap dari Kitwoo cukup melengkapkan malam Awal yang penuh stail, digayakan dengan rambut sleek back. Cukup kemas!
#6 Gaya Percutian Santai
Cute couple moment! Pakaian berpasangan dari pasangan ikon fesyen ini semestinya tidak mengecewakan. Rona biru cair membawa aura ketenangan serta menggambarkan percutian mereka yang sempurna.
#7 Rona Nude Pelengkap
Satu lagi gaya pasangan yang menjadi pilihan GLAM Lelaki. Gabungan sut berona nude Awal bersama gaun nude Scha Al-Yahya di perkahwinan Eyka Farhana dan Akhyar Rashid amat sesuai dengan suasana garden wedding itu.
Pautan Berkaitan: AWAL ASHAARI IS BACK ON THE COVER OF GLAM LELAKI!
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang cukup berbakat, Arfie Shah sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES
GLAM Lelaki bawakan pelakon baharu dalam dunia lakonan, Evertts Gomes sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang sedang meningkat naik, Sky Iskandar sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS
GLAM Lelaki bawakan pelakon hebat dalam dunia perfileman, Amir Nafis sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang masih hangat hingga kini, Adam Lee sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.











