Skip to content

7 JENAMA FESYEN COOL DARI ASIA TENGGARA

7 JENAMA FESYEN COOL DARI ASIA TENGGARA

Kongsikan artikel ini

Impak dari negara Asia Tenggara kini semakin besar dengan kehadiran jenama-jenama fesyen yang membina nama hingga keluar negara. 

Asia Tenggara kini menjadi antara pusat kreatif paling rancak dalam dunia fesyen. Dengan identiti budaya yang kaya, pendekatan kreatif yang unik serta keberanian untuk bereksperimen dengan silhouette dan tekstur, rantau ini mula menarik perhatian global. Dari pentas runway hingga gaya jalanan. Berikut adalah tujuh jenama pilihan yang bukan sahaja mencuri perhatian, tetapi juga mengukuhkan legasi fesyen moden dari Southeast Asia.

#1 Nazifi Nasri (Malaysia)

Dilancarkan pada tahun 2014 oleh pereka tempatan Nazifi Nasri, jenama ini  semakin berkembang dalam dunia aksesori. Hari ini, Nazifi terkenal dengan kasut buatan tangan, card holder, crossbody mini bags dan kasut sandal berstruktur, semua dihasilkan menggunakan material berkualiti tinggi menerusi buatan tempatan. Estetikanya sleek, neutral dan modern. Ia menggabungkan elemen minimal Jepun, sentuhan luxury Eropah dan sensitiviti tropika Malaysia. Nazifi Nasri ialah jenama untuk mereka yang menghargai ketukangan berbanding logo. Sebuah interpretasi “quiet luxury” versi Nusantara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nazifinasri

#2 Beyond The Vines (Singapura)

Ditubuhkan pada 2015 oleh pasangan kreatif Rebecca Ting & Daniel Chew, Beyond The Vines bermula sebagai jenama ready-to-wear tetapi meletup secara global dengan pelancaran Dumpling Bag, yang kini menjadi ikon. Jenama ini meraikan fungsi dan warna dengan penuh keyakinan. Rekaan mereka bold tetapi praktikal, playful tetapi structured. Dari beg nylon reversible, pouch berwarna terang, hingga pakaian utilitarian, Beyond The Vines berjaya memadankan fungsi dan kesoronokkan dengan sempurna. Ia jenama yang mengingatkan kita bahawa fesyen boleh bergaya tanpa hilang kegunaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beyond The Vines (@beyondthevines)

#3 Gentlewoman (Thailand)

Muncul sekitar tahun 2018, Gentlewoman dengan pantas menjadi fenomena streetwear Thailand di bawah arah kreatif Wawa Wongthanakarn. Identitinya simple tetapi powerful. Baju oversized, cropped jackets, dan bold typography. Ia membawa vibe “cool girl yang effortless”. Tidak memaksa, tidak dramatik, tetapi tetap memberi impak. Dengan asas palet neutral serta potongan yang santai, Gentlewoman berjaya memikat generasi muda yang mencari estetika boyish tetapi polished. Gentlewoman juga bakal dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GENTLEWOMAN (@gentlewomanstore)

#4 Aristotle Bag (Thailand)

Walaupun idea jenama ini bermula sejak 2007, Aristotle Bag berkembang sebagai sebuah nama yang dikenali sekitar penghujung 2010-an dengan fokus utama pada beg dan aksesori premium. Dari tote structured, sling bag harian hingga beg travel, Aristotle Bag menawarkan rekaan chic yang disasarkan untuk pemakai urban yang mahukan fungsi tetapi tetap bergaya.
Dengan kehadiran di pusat beli-belah mewah Bangkok, Aristotle Bag memberi pengalaman shopping seperti jenama luxury established. Ini menjadikannya salah satu nama terkuat dalam kategori aksesori Thailand.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ARISTOTLE BAG (@aristotlebag)

#5 KYō (Filipina)

Label baru dari Manila ini dilancarkan sekitar awal tahun 2025 oleh Germaine Gaerlan, dan sudah pun menarik perhatian kerana konsepnya yang unik. Modular vegan leather bags yang boleh diubah suai. Setiap pelanggan boleh mencipta kombinasi tali, badan beg, charms dan aksesori mereka sendiri. Ia seolah-olah membina identiti visual melalui satu item. KYŌ mencerminkan gaya hidup moden yang fleksibel, mesra vegan, peribadi dan evolving. Ia bukan sekadar beg; ia satu pengalaman kreatif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KYŌ (@kyo.asia)

#6 Fancì Club (Vietnam)

Diasaskan oleh pereka muda Duy Tran pada tahun 2018, Fancì Club mencapai status global apabila selebriti seperti Bella Hadid, Rosé BLACKPINK dan Olivia Rodrigo mula memakai rekaan mereka. Estetikanya flamboyant tetapi feminin. Lace dramatik, corset, organza, rosette dan sentuhan Y2K yang sensasi. Fancì Club tidak takut menjadi berani, ia mencipta pakaian untuk personaliti yang tahu mereka adalah spotlight.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FANCì CLUB (@fanci.club)

#7 The Idiot (Vietnam)

Ditubuhkan pada tahun 2020 oleh kreatif radikal Ha Nhat Tien, The Idiot ialah jenama untuk mereka yang menolak norma fesyen arus perdana. Ia menampilkan potongan asymmetric, stitching exposed, layering raw dan siluet distorted. Seolah-olah runway meets underground punk culture. The Idiot membawa falsafah anti-fashion, tetapi ironinya, itulah yang menjadikannya sangat fesyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE IDIOT (@theidiott.official)

Fesyen Asia Tenggara kini berada pada gelombang kebangkitan bold, kreatif dan penuh identiti. Tujuh jenama ini menjadi bukti bahawa industri ini bukan lagi sekadar pengikut arus global, tetapi pencetus trend yang diperhatikan dunia.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut

8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI

Bacaan Lanjut
JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO

JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO

Bacaan Lanjut