Skip to content

7 MOMEN FESYEN TERBAIK KEANU REEVES & ALEXANDRA GRANT

7 MOMEN FESYEN TERBAIK KEANU REEVES & ALEXANDRA GRANT

Kongsikan artikel ini

Pasangan pujaan ramai, Keanu Reeves dan Alexandra Grant jarang membuat penampilan umum bersama. Bagaimanapun apabila muncul di khalayak ramai, mereka sentiasa kelihatan bergaya.

Keanu Reeves sering dirakam menyarung sut rona gelap yang dipadankan bersama kasut but, manakala teman wanitanya pula gemar menggayakan gaun labuh. Baru-baru ini pasangan itu menayang aksi mesra ketika membuat penampilan di Contemporary Art Gala di Los Angeles. Pasangan kegemaran netizen ini dilihat bercukupan di karpet merah, sekali gus membuatkan hadirin teruja.

GL kongsikan beberapa penampilan terbaik Keanu Reeves dan Alexandra Grant sebagai pasangan kekasih setakat ini.

2 of 7

Pelancaran X Artists’ Books, November 2017

Perhubungan pasangan ini pada asalnya terjalin melalui sebuah buku berjudul Ode to Happiness. Menurut Alexandra Grant, dia menghasilan buku itu bertahun-tahun lalu dengan menggabungkan lukisannya pada penulisan Keanu Reeves. “Buku itu dihasilkan sebagai satu kejutan daripada saya untuk Keanu, sebagai hadiah peribadi. Semua rakan kami ketawa apabila saya menghadiahkan buku itu kepadanya dan menggesa agar kami menerbitkannya. Jadi begitulah caranya kami melangkah ke dalam bidang penerbitan.” Mereka kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat penerbitan kecil bersama bernama X Artists’ Books. Pada hari pelancaran, pasangan itu menggayakan persalinan kasual termasuk jaket kulit dan kemeja-T grafik.

Keanu Reeves Alexandra Grant

Foto: Getty Images

2 of 7

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
THE 'QUIET LUXURY' EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

Bacaan Lanjut

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

Bacaan Lanjut