“A PIECE OF RAINBOW”, SEMARAK WARNA DALAM LV STREETWEAR
“A PIECE OF RAINBOW”, SUNTIKAN WARNA BERTENAGA DALAM KOLEKSI LOUIS VUITTON STREETWEAR YANG BAHARU. TAMPIL BERTENAGA SEPANJANG MUSIM. DICADANGKAN SEBAGAI GAYA UTAMA MUSIM INI.
Direka oleh Virgil Abloh, koleksi “A piece of the rainbow”, mengimbau kita kepada pertunjukan fesyen pertama Virgil untuk Louis Vuitton. Yang bertemakan warna pelangi dalam rona terang, lantas menggambarkan identiti generasi masa kini yang sedang mengorak ke hadapan. Berevolusi seiring masa.
“A piece of rainbow” adalah koleksi kapsul yang dinamik dan optimis, mudah digayakan dan dipadankan, yang mana baju sejuk berhud dan helaian bermotif bunga monogram dilengkapi seluar sifat sporty, yang boleh dipadan secara bertentangan warna atau blok warna. Ternyata fleksibel, memberi ruang buat para lelaki menggayakannya mengikut cita rasa.
Jaket blouson yang berlapis warna hitam tersedih dalam versi ringan, direka dalam rupa berkilat atau matte, dijahit dengan monogram, berwarna hijau, oren atau biru terang. Satu koleksi yang bold. Turut menyediakan opsyen gaya, misalnya dipakai dengan lengan yang penuh atau tanpa lengan. Warna-warna terang yang menonjol dan bertenaga, seperti hijau, merah, jingga, hitam, kuning dan ungu. Trik gaya yang menyemati warna melalui penampilan.
Sweater kasmir, berhud atau tidak, diperkasakan dengan getaran warna yang sama, seperti topi kasmir yang terdapat dalam enam warna yang berbeza. Dan dihiasi dengan logo LV pada bahagian depan. Turut sama, cermin mata 1.1 Millionaires yang ikonik, dengan bingkai ‘acetate’, diolah semula dalam empat warna baharu. Menjadikannya aksesori hangat untuk musim dingin.
Diperkenalkan julung kalinya semasa pertunjukan musim bunga/panas 2019, LV Trainer juga mengilhami warna segar dan kini hadir dalam warna jingga, ungu, biru, kuning, hijau bersama dengan warna putih yang mesti dimiliki. Pilihan warna yang beragam tentunya menyempurnakan gaya musim sejuk kali ini. Apalagi bergabung dengan kepakaran pertukangan Louis Vuitton.
Sniker material kulit lembu semuanya dilengkapi sol getah yang disuntik dengan gel dan dihiasi dengan bunga Monogram. Setiap pasang memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam masa pembuatan di bengkel Fiesso d’Artico.
#LouisVuitton
Artikel berkaitan: ‘THIS IS FAMILY’, TARUHAN MANGO MAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER
Louis Vuitton mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.

















