ADIQ RAHMAN, RUJUKAN FESYEN TERBAHARU
ADIQ RAHMAN (@xdiq) MEMULAKAN LANGKAH SEBAGAI MODEL NAUNGAN AGENSI TOPBOICITIZEN. SEPANJANG BERGELAR MODEL, ADIQ RAHMAN PERNAH TAMPIL DALAM BEBERAPA HALAMAN EDITORIAL FESYEN. MELALUI INSTAGRAM-NYA, ADIQ RAHMAN KERAP BERKONGSI PENGGAYAANNYA YANG SEBAIKNYA DIJADIKAN RUJUKAN KALA BERFESYEN

1.PERKHABARAN BAHARU ADIQ?
Buat masa sekarang, saya sedang giat menjalani latihan industri sebagai pelatih dalam bahagian keselamatan dan kesihatan alam sekitar. Juga menyelitkan masa bekerja sebagai model sambilan.
2. ADIQ SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN ADIQ?
Stail peribadi saya banyak dipengaruhi hip hop, kemudiannya beralih ke trend fesyen yang terarah americana/rock dan roll yang mana banyak dicedok inspirasinya dari fesyen ayah saya sendiri. Ayah saya seorang ‘old school biker’, maka itu saya banyak merujuknya untuk ilham. Juga pengalaman saya yang gemar ‘thrifting’ dan merangka stail peribadi.
3. APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN ADIQ?
Rujukan fesyen saya biasanya dari akaun @bundelhood. Sewaktu mencari pakaian untuk dipakai, terutamanya di kedai saya, saya mendapat inspirasi dari pelbagai estetika fesyen vintaj khasnya. Dan konsep moden dari sekeliling saya, selain mencedok idea dari stail ayah saya. Ayah sangat mempengaruhi saya pabila mencari rujukan fesyen.
4. ADIQ BEKERJA SEBAGAI MODEL DAN DIANGGAP FASHION INFLUENCER. APAKAH PERKARA YANG COOL TENTANG PEKERJAAN ITU?
Pada saya, ianya tentang dapat bertemu individu-individu yang terbuka dan mahu belajar perkara yang baharu daripada mereka. Malah, terkadang dapat berkongsi idea. Juga dapat mengeksplorasi kreativiti terhadap pelbagai aspek dan bidang. I think somehow both are almost different but the same which makes me feel more intrigued by it.
Ini adalah dunia yang berkemungkinan tidak berkesudahan dalam perihal gaya dan fesyen, dan saya suka memberi inspirasi kepada orang lain dengannya. Berpeluang bekerja dengan pereka fesyen kegemaran saya juga merupakan perkara yang menyeronokkan.

5. GAYA LELAKI YANG MENJADI PILIHAN ADIQ?
Penampilan kegemaran saya would be leather motives and denim aesthetics. Sebagai contoh, saya sukakan pabila saya melihat seseorang yang menyarung jaket biker yang dipadankan dengan celana denim Jepun, but tinggi dengan beberapa aksesori sebagai pelengkap gaya.
Pada saya lagi, penampilan tersebut menonjolkan imejan yang ‘bersih’, namun dengan twist gaya pemberontak. You can never go wrong with that.
6. APAKAH PERUBAHAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP FESYEN PADA TAHUN 2021? TAMBAHAN LAGI PANDEMIK MASIH BERLANJUTAN.
Saya fikir fesyen akan bergerak ke arah digital dan mungkin mencipta sub-genre yang berbeza dalam fesyen. Terbukti baru-baru ini, model 3D digital yang mementaskan koleksi baharu yang dipromosikan jenama-jenama besar. Dan tidak menggunakan model yang sebenar.
Ini adalah era baharu dalam fesyen, tetapi juga pada masa yang sama pandemik telah menciptakan permintaan baharu untuk memperbanyakkan produk termasuklah pakaian berasaskan teknologi, misalnya teknologi AR.
7. SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA YANG MEMILIKI GAYA YANG COOL?
Banyak, tetapi siapa yang boleh saya katakan sekarang ialah Jiman Casablancas, Ridduan Ismail (TTFGA) & Raja Malek (Chelek) kerana memiliki stail yang unik dan distingtif kala berfesyen.
8. TIP FESYEN UNTUK LELAKI?
Nasihat saya cuma, jadilah diri sendiri dan jangan takut untuk mencuba stail baharu. Jadilah experimental kerana dari situlah anda akan temui stail peribadi yang sebenar.

9. BAGAIMANAKAH ADIQ BELAJAR MENATA GAYA LELAKI KHASNYA?
Bapa dan orang disekeliling saya punya stail yang mengagumkan. Dari merekalah saya belajar berfesyen dan menata gaya seseorang.
10. LABEL ATAU PEREKA FESYEN KEGEMARAN? MENGAPA?
Jika pereka fesyen tempatan saya suka Joe Chia kerana jenamanya menggabungkan kerumitan dengan kesederhaan. Dan dia menggabungkannya dengan sempurna.
Jenama antarabangsa pula, saya suka Chrome Hearts (AS) kerana jenama tersebut bermain dengan budaya biker dan menggabungkannya dengan gaya americana, pada saya estetikanya begitu sempurna.
Artikel berkaitan: JUNO KO, HAIRSTYLIST YANG PUNYA STAIL TERSENDIRI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
RAY-BAN X JEFF SATUR: IKON UNTUK LELAKI MODEN KINI
Ray-Ban x Jeff Satur hadir dengan koleksi kaca mata baharu yang menggabungkan elegan klasik, inovasi dan rekaan khas untuk lelaki moden.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.











